2019 merupakan tahun yang hebat untuk pelakon Keanu Reeves. Beliau muncul dalam beberapa filem box office hebat tahun ini; pelakon utama John Wick: Chapter 3 – Parabellum, watak sokongan dalam filem Toy Story 4 dan cameo dalams drama Netflix, Always Be My Maybe.

Tiada yang dapat memperlahankan pelakon berusia 55 tahun ini dan akan datang, beliau turut akan kembali memegang watak dua siri ikonik yang mempopularkan beliau di dunia Hollywood iaitu Bill & Ted dan Matrix.

Namun, ketika ini dua jenama siri superhero iaitu DC Comics dan Marvel Studios sedang ‘berebut’ untuk mendapatkan tanda tangan Keanu Reeves untuk muncul dalam projek akan datang mereka. Warner Bros dan DC Comics dilihat mahu melihat Keanu Reeves memegang watak Constantine, watak yang pernah dipegangnya hampir 15 tahun yang lalu.

Marvel Studios pula? Menurut Kevin Feige, nama Keanu Reeves sentiasa ‘naik’ setiap kali mereka memikirkan apa-apa projek akan datang Marvel Studios. Cuma mereka menunggu watak yang paling sesuai untuk diberikan pada Keanu.

Di Marvel pula, Keanu Reeves dikaitkan dengan banyak watak hebat antaranya Namor, Silver Surfer, Adam Warlock, Moon Knight dan juga Wolverine. Tetapi, peminat paling mahu melihat Keanu memegang watak Adam Warlock atau pun Wolverine.

Tetapi, dikhabarkan antara sebab mengapa Warner Bros setuju untuk projek ke-4 Matrix adalah kerana mereka mahu ‘menjauhkan’ Keanu daripada marvel dan cuba memujuk beliau untuk kembali sebagai Constantine. Jika mereka berjaya, ianya satu permulaan yang baik untuk mereka pulihkan kembali DC Extended Universe.

Pada ketika ini, Keanu Reeves masih belum membuat sebarang kenyataan sama ada dirinya akan menyertai mana-mana franchise superhero di masa akan datang. Tetapi siapa sahaja yang dapat mendapatkan tanda tangan Keanu Reeves, mereka boleh jangkakan filem tersebut pasti akan hit.

Sebelum ini, Keanu Reeves telah dikaiktkan bakal menyertai Angelina Jolie dalam filem Marvel Studios, The Externals. Mungkin Keanu sudah secara ‘senyap’ sudah menyertai Marvel Studios?

Marvel Studios Mahu Keanu Reeves Dalam ‘The Eternals’

Kevin Feige Sahkan Khabar Angin Bawa Keanu Reeves Sertai MCU

Keanu Reeves Bakal Kembali Sebagai Neo Untuk ‘Matrix 4’