Nampaknya tidak semua superhero akan menang di dunia ini. DC Comics akhirnya ditewaskan oleh sebuah syarikat snek di Indonesia selepas mereka kalah dalam satu kes hak cipta di sana.

Pada April 2018, DC Comics mengemukakan saman di Mahkamah Komersial Indonesia terhadap syarikat PT Marxing Fam Makmur, syarikat yang menghasilkan makanan ringan di Surabaya. Sama berkenaan tidak lain tidak bukan kerana syarikat ini mengggunakan nama superhero DC, Superman untuk melariskan produk mereka.

Screenshot 2019-09-10 at 4.17.40 PM
HYPE
Jangan Kelipkan Mata Anda Dan Cari Apa Yang ‘Tersembunyi’ Untuk Menangi SAMSUNG S10 Plus
Baca lagi →

DC gagal dalam tuntutan ini kerana Marxing telah terlebih dahulu memegang hak cipta perkataan ‘Superman’ di Indonesia. Jadi, secara sahnya segala perkataan Superman boleh digunakan oleh pihak Marxing. Pihak DC nyata kecewa nama berkenaan didaftarkan tanpa persetujuan bersama mereka terlebih dahulu.

Namun, Marxing membuat kenyataan balas tanda dagang berkenaan telah didaftarkan sejak 1993 lagi dan mereka memperbaharuinya setiap tahun. DC telah mengemukan rayuan tentang keputusan ini dan wakil DC di Indonesia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan kes ini.

Snek Superman ini adalah antara snek yang terkenal di Indonesia dan dijual di merata tempat antaranya di warung dan juga berdekatan sekolah. Jika anda ke Indonesia ketika ini, anda pasti akan jumpa snek Superman ini.

Anda Mungkin Suka