Hotel Luna Salada yang terletak di Bolivia ini sangat unik kerana dibina hanya menggunakan sumber semula jadi yang banyak terdapat di tempat berkenaan iaitu garam. Untuk pengetahuan umum, Bolivia terkenal dengan Salar de Uyuni, sumber garam terbesar di dunia yang terletak 3,658 meter dari paras laut.

Lebih menarik, hampir semua pembinaan di hotel Luna Salada ini diperbuat daripada garam termasuk termasuk kerusi, lantai dan juga dinding. Anda boleh melihat dari tingkap keindahan pemandangan dengan warna dan tekstur rata garam ketika matahari terbenam dari tingkap hotel.

“VFMLID=80347854”
Sumber : website salar de uyuni hotel
“VFMLID=80348463”
Sumber : website salar de uyuni hotel

Jika anda ingin datang menginap di hotel ini, anda disarankan untuk datang pada musim hujan dan musim kering. Musim hujan adalah pada bulan Disember hingga April dan musim hujan adalah waktu jika anda ingin melihat dan mengambil gambar kesan cermin rata ikonik.

Musim kering pula adalah pada bulan Mei hingga November dan musim kering adalah waktu apabila hujan tidak lagi turun ia meninggalkan corak misteri dan indah di dalam garam.

Fia
Sumber : website salar de uyuni hotel

Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan jika anda datang bercuti ke sini. Antaranya ialah berjalan melihat garam rata ketika musim kering menggunakan basikal, berjalan di Pulau Incahuasi yang dipenuhi dengan pokok kaktus, dan banyak lagi.

“VFMLID=80360187”
Sumber : website salar de uyuni hotel

Jika anda ingin melihat sendiri hotel yang diperbuat daripada garam ini, anda boleh merancang percutian anda ke sana! Sebarang tempahan boleh dibuat di sini. Harga bilik bermula dari USD 173 (RM723+-).