Syarikat produksi di belakang Deadpool 2 telah disaman $ 289.562 (RM1.3 juta) kerana kematian seorang pelakon aksi semasa penggambaran pada tahun 2017.

Joi Harris, 40, mewakili pelakon Zazie Beetz (Domino) bagi melakukan aksi di atas motosikal tetapi jenteranya hilang kawalan dan merempuh sebuah bangunan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Fakta kejadian turut mengatakan bahawa Harris tidak memakai topi keledar semasa aksi itu dan telah meninggal dunia akibat perlanggaran pada Ogos 2017. Menurut laporan, ia adalah peranan pertamanya sebagai pelakon aksi filem.

Tiga tahun setelah kejadian tragis itu, TCF Vancouver Productions LTD telah dijatuhkan hukuman kerana gagal menyediakan tempat kerja yang selamat untuk Harris.

Untuk rekod, tahun lalu TCF turut didenda oleh WorkSafeBC (The Workers ‘Compensation Board of British Columbia) setelah didapati bersalah atas lima pelanggaran peraturan melibatkan kesihatan dan keselamatan.

Ketika keputusan dikeluarkan pada Oktober 2019, laporan WorkSafeBC mengatakan bahawa syarikat ‘gagal memastikan tempat kerja dirancang dengan kawalan keselamatan yang tinggi sehingga pelaku aksi atau motosikal tidak akan melebihi perimeter set filem’.

“Juga gagal untuk menyediakan penghadang bagi menghalang pelakon aksi dan motosikal dari meninggalkan perimeter yang ditetapkan,”

Laporan tersebut kemudian mengatakan bahawa TCF Vancouver Productions Ltd, “Gagal melakukan penilaian risiko dalam menangani kawalan keselamatan, kelajuan motosikal, dan batasan peralatan.

Dalam satu kenyataan hari ini, WorkSafeBC mengatakan ia berharap denda itu dapat mendorong syarikat-syarikat yang terlibat untuk mengambil langkah berjaga-jaga pada masa akan datang.

“Tujuan utama hukuman pentadbiran ini adalah untuk memotivasikan majikan yang menerima hukuman – dan majikan lain – untuk mematuhi syarat kesihatan dan keselamatan pekerjaan dan menjaga keselamatan tempat kerja mereka,” kata kenyataan tersebut.

Pada saat kematian Harris, Ryan Reynolds, yang merupakan pelakon utama dalam filem itu, mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakannya.

Untuk bacaan lanjut mengenai Deadpool, klik pautan di bawah.

Fox Diarah Serahkan Projek Deadpool Dan X-Men Kepada Kevin Feige

Ryan Reynolds Sahkan Deadpool 3 Sedang Dalam Perbincangan Di Marvel