Seperti mana yang kita tahu Deadpool 2 adalah kesinambungan dari filem Deadpool pada tahun 2016. Nasihat saya sekiranya anda belum pernah menonton filem Deadpool 1, sila tonton dahulu supaya anda dapat faham dan kenal lebih lanjut terhadap karakter Deadpool itu sendiri. Secara ringkas, berdasarkan komik, Deadpool adalah superhero yang anti-hero.

Anti hero disini bermaksud, tidak terlalu jahat untuk menjadi jahat, dan juga tidak terlalu baik untuk menjadi baik. “Semi evil, semi good”. Fakta yang kita kena tahu juga adalah Deadpool merupakan seorang yang tidak berhenti bercakap dan setiap kata-katanya, akan memerli pihak lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Filem ini merupakan filem superhero bertype R (Restricted) selepas filem pertamanya Deadpool 1 pada tahun 2016. R (Restricted) bermaksud filem ini hanya sesuai ditonton oleh golongan 18 tahun ke atas. Oleh itu, saya menasihatkan untuk anda tidak membawa anak-anak menonton filem ini kerana ada unsur-unsur yang tidak sesuai untuk dipertontonkan oleh usia mereka.

Karakter Deadpool yang Anti-Hero telah dikembangkan pada filem Deadpool 1. Untuk Deadpool 2, filem ini mengisahkan sudut sifat kemanusiaan yang ada pada karakter Deadpool. Filem berdurasi 2 jam ini mempunyai unsur family (R), unsur cinta, unsur superhero dan yang paling banyak unsur komedi.

Buat yang tidak tahu, pelakon karakter Deadpool, iaitu Ryan Reynolds sebelum ini pernah melakonkan watak Green Lantern, iaitu superhero dari komik DC (saingan Marvel). Filem tersebut kurang mendapat sambutan kerana kualiti filem yang kurang memuaskan. Ryan Reynolds juga tidak berpuas hati kerana sehingga kini Warner Brothers tiada perancangan untuk membuat sekuel terhadap filem itu. Sekiranya ada pun, pelakon Ryan Reynolds tidak akan diambil semula. Ryan Reynolds menyesal kerana menerima tawaran Green Lantern tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=f8ZPg8uaoR0

Ryan Reynolds bukan setakat melakonkan watak Deadpool dalam filem ini, beliau juga adalah sebagai Writers dan Producer untuk filem Deadpool. Deadpool 1 berjaya mengutip sebanyak USD 783,112,979 di seluruh dunia, dan menjadi filem R Rated tertinggi kutipan di dunia yang hanya memperuntukkan USD 58 juta untuk menghasilkan filem. Dengan kutipan tinggi tersebut, makan Ryan Reynolds dan pihak Fox merancang untuk menerbitkan sekuel-sekuel untuk filem Deadpool yang seterusnya dan merancang untuk adakan kumpulan tersendiri dalam filem ini iaitu X-Force seperti mana yang dilakukan dalam kumpulan Avengers dan X-Men.

Filem ini sangat menarik untuk ditonton terutamanya bagi penggemar filem komedi dan aksi. Setiap komedi dan lawak yang diceritakan dalam filem ini mempunyai perlian yang mendalam terhadap filem-filem dan pelakon-pelakon holloywood di luar sana. Sesetengah lawak tersebut mudah difahami kerana perlian tersebut sangat jelas seperti perlian terhadap Batman, Martha, Superman, Green Lantern dan watak Avengers yang lain. Ada juga lawak yang perlu dibuat kajian, kepada siapakan lawak perlian itu ditujukan dan kenapa?

Setelah membuat kajian, baru kita tahu lawak itu ditujukan kepada siapa dan membuatkan kita ingin menonton semula filem ini di pawagam. Komedi yang diselitkan dalam filem ini juga terlalu banyak dan mungkin akan ada yang terlepas pandang kerana subtitle-nya yang cepat. Oleh itu, hayatilah filem ini tanpa sebarang gangguan.

Filem ini juga menampilkan ramai cameo yang tidak disangka-sangkakan. Tetapi cameo tersebut memberi hint yang sangat penting ke manakah masa depan filem ini akan disekuelkan. Seperti mana yang kita tahu, Deadpool adalah superhero dari X-Men Universe. Deadpool pernah memunculkan diri dalam filem X-Men Origins Wolverine, yang dilakokan juga oleh Ryan Reynolds. Deadpool 2 cuba untuk sambungkan siri Deadpool dengan siri X-Men dengan memaparkan cameo-cameo tersebut.

Untuk lebih memahami karakter ini, boleh tonton filem X-Men Origins Wolverine sebelum menonton Deadpool 2. Berdasarkan komik, Deadpool berkawan baik dengan Spiderman. Walt Disney (Pemilik Marvel) masih lagi dalam proses untuk mendapatkan semula karakter-karakter X Men dan Deadpool yang dimiliki oleh FOX. Oleh itu, tidak mustahil sekiranya kita akan melihat Spiderman dan Deadpool dalam satu filem yang sama pada masa akan datang.

Filem ini juga mengisahkan kisah percintaan antara Deadpool dan teman wanitanya. Rasa bersalah terhadap apa yang terjadi menjadi penyebab kepada sifat kemanusiaan Deadpool yang ditonjolkan dalam filem ini. Watak antagonis di dalam filem ini juga sangat cemerlang iaitu Cable, yang dilakonkan oleh Josh Brolin (Pelakon Thanos dalam Avengers Infinity Wars). Cable juga memainkan peranan penting dalam filem ini untuk hala tuju siri Deadpool pada masa akan datang. Cable juga seorang watak antagonis yang berprinsip. Filem ini juga menampilkan satu lagi watak antagonis yang tidak disangka-sangka, untuk tahu siapa, anda kena tonton filem ini dipawagam.

cable

Susunan jalan cerita dan plot filem ini adalah simple, direct dan tidak memerlukan kita untuk berfikir jauh seperti mana yang berlaku dalam filem Avengers Infiniy War. Namun ada juga scene yang sangat unpredictable di akhir filem untuk membuatkan filem ini bukan semudah jalan cerita yang kita sangka. CGI dalam filem ini bagi saya adalah baik, namun bukan cemerlang. Tetapi sound track yang digunakan dalam filem ini adalah amat cemerlang, bukan kerana kesesuaian lirik, tetapi kerana kesusaian komedi dan perlian terhadap pihak ketiga.

Saya menyarankan anda untuk menonton filem ini. Bagi yang stres kerja atau ada masalah, sila ke pawagan dan tonton filem ini. Filem ini akan membuatkan anda bergelak ketawa di dalam pawagam melainkan anda tidak faham lawak yang ingin cuba disampaikan. Jika anda suka Deadpool yang pertama, anda akan suka juga yang kedua. Adios!