Buat peminat yang risau sekiranya filem Deadpool 3 tidak akan berlaku, nampaknya pelakon utamanya sendiri, Ryan Reynolds telah mengesahkan Deadpool 3 sudah mendapat lampu hijau daripada pihak Disney.

Sewaktu tidak lagi di bawah Disney, karya R-Rated seperti Deadpool dan Logan merupakan antara karya terbaik 20th Century Fox. Kini, filem berkonsep berkenaan menerima kekangan kerana Disney tidak pernah menghasilkan filem berkonsepkan R-Rated sebelum ini.

our_business_resize
HYPE
TNB Fokus Bantu 7.6 Juta Pelanggan Dengan Bantuan Prihatin Elektrik
Baca lagi →

“Ya, kami sedang berbincang mengenainya (Deadpool 3 ) bersama pasukan kami. Kami di Marvel ketika ini dan berada di liga yang lebih besar. Jadi ia sangat hebat dan kami sedang mengusahakannya,” kata Ryan Reynolds ketika sesi temubual.

Ryan Reynolds dijangka akan kekal menjadi co-writer untuk Deadpool 3 tetapi di bawah produser baharu, Kevin Feige. CEO Disney, Bob Iger sebelum ini memberi jaminan Deadpool akan kekal R-Rated walaupun kini berada di bawah seliaan Disney.

Namun selepas siri hebat Disney+, The Mandalorian meletup tanpa memerlukan ia berkonsep R-Rated; ada kemungkinan filem Deadpool 3 juga akan mengikut jejak langkah siri The Mandalorian.

Persoalan terbesar di sini semestinya adakah Deadpool akan turut serta dalam dunia MCU? Jika ya, dalam filem atau siri mana beliau akan membuat kemunculan?

Fox Diarah Serahkan Projek Deadpool Dan X-Men Kepada Kevin Feige

Ini Reaksi Nakal Ryan Reynolds Selepas Joker Berjaya Tumpaskan Kutipan Deadpool 2

Anda Mungkin Suka