Berita baik buat peminat Marvel yang bimbang mengenai filem Deadpool dan X-Force yang dikatakan akan dikurangkan atau diubah apabila pembelian Fox Disney selesai. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Disney, Bob Iger ianya mungkin tidak benar sama sekali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Para peminat tidak perlu risau lagi kerana ianya kelihatan seperti Deadpool, X-Force dan watak R-rated lain akan diteruskan pengeluarannya oleh Fox sebaik sahaja urusan penggabungan dengan pihak FX, Fox Searchlight dan francais Deadpool itu selesai.

Meskipun Disney masih lagi belum menceburi filem dengan rating dewasa, namun pihak mereka berharap dengan pembelian Fox, secara langsung Disney mungkin akan terus mengambil lebih banyak filem R-rated dan Marvel untuk terus berada di bawah kendalian Disney.

Sumber: geektyrant

Dengan gabungan ini, masa depan untuk Deadpool 3 nampaknya lebih cerah apabila Rob Liefeld telah memberi jaminan kepada peminat bahawa filem ketiga tetap akan berlangsung dan kekal R-rated.