Sempena filem Deadpool 2 yang akan keluar dalam versi Blu-Ray, 20th Century Fox menghasilkan beberapa poster filem Deadpool berdasarkan filem-filem terkenal Fox sebelum.

Deadpool dilihat membuat kemunculan dalam muka depan filem The Martian, Alien, The Devil Wears Prada, The Day After Tomorrow, 127 Hours, Dan City Slickers.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

deadpool cover 2

deadpool cover 3

deadpool cover 4

deadpool cover 5

Antara yang menarik dalam Deadpool 2 versi Blu-Ray adalah 20th Century Fox akan memasukkan adegan penjahat X-Men, Omega Red yang dipotong untuk versi pawagam. Edisi Blu-Ray juga akan hadir dengan versi ‘Deadpool 2: The Super Duper Cut’, versi di mana filem ini akan lebih panjang 15 minit berbanding durasi sebenar di pawagam.

Nampaknya banyak lagi perkara yang hebat disimpan oleh 20th Century Fox untuk versi Blu-Ray Deadpool ini. Versi Blu-Ray ini akan mula dijual pada 21 Ogos nanti.

Terdapat juga perbezaan Blu-Ray untuk pasaran Walmart dan Target. Beli di Walmart, anda akan dapat rantai kunci manakala jika beli di Target, anda akan dapat buku kanak-kanak ‘versi dewasa’. Nampak gaya macam perlu beli kedua-duanya.

deadpool 2 1

Deadpool 2