Siapa tidak mengenali Ummi Nazeera, seorang pelakon versatile yang boleh melakonkan pelbagai watak diberikan dengan baik dan penuh dengan ‘jiwa’.

Terbaharu, Ummi mendedahkan bahawa dirinya pernah mengalami masalah depresi ketika dia belajar di Melbourne, Australia suatu ketika dahulu dalam satu program bual bicara TV3, Wanita Hari Ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Ummi, dia berdepan masalah tersebut ketika berjauhan dengan keluarganya sehingga sukar untuk tidur dan dirinya jarang bercerita dengan rakan-rakan.

Lantaran itu, dia menemui pakar terapi yang disediakan oleh universiti dan Ummi turut berkongsi mengenai cara penyelesaian yang disarankan oleh pakar terapinya. Menurutnya, dia perlu meluahkan segala yang dirasai dalam bentuk penulisan untuk membuatkannya berasa lega.

Sekadar makluman, drama Rindu Kasih yang menampilkan Ummi Nazeera, Izzue Islam dan banyak lagi pelakon hebat telah ditayangkan di TV3, slot Samarinda setiap hari Isnin dan Khamis pada jam 10 malam.