Edisi Siasat, sebuah akaun Twitter yang tumbuh beberapa bulan lalu telah mengejutkan orang ramai dengan pendedahan maklumat mengenai salah laku pelbagai agensi penguat kuasa termasuk tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa mencuri wang tunai bernilai jutaan ringgit. Kini, difahamkan bahawa pihak polis sedang sibuk mengesan siapakah individu disebalik akaun terbabit.
Pihak polis sudah pun meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan pemilik akaun laman sosial terbabit. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata kepada Utusan Malaysia bahawa pihak berkuasa sedang dalam proses untuk mengenal pasti siapakah individu yang mengendalikan akaun tersebut.
Siapa jaga edisi siasat ni? Fuhhh🤯🤯
— M.K Izzuddin (@k_izzuddin) October 17, 2021
Sah Abdul Hamid Bador di sebalik Edisi Siasat.
— Penumpang kerusi belakang bas (@baihaqi1989) October 18, 2021
Siapa admin Edisi siasat ni kental dan berani. Auto follow ! Dia reveal habis semua muka muka corrupt
— Bangjim | AIA Public Takaful (@hazimhalimmmm) October 17, 2021
Maklumat yang disampaikan mengenai salah laku dan aktiviti rasuah dalam kalangan penguat kuasa dan juga ahli politik di Malaysia membuatkan orang ramai tertanya-tanya, siapakah individu disebalik akaun terbabit? Kebanyakan netizen berteka-teki bahawa akaun terbabit dikendalikan oleh ‘orang dalam’.
Ada juga netizen yang percaya ia adalah kerja Special Branch (SB) kerana maklumat yang disampaikan serta bukti gambar yang dipaparkan terlalu sukar untuk diperoleh oleh wartawan atau orang biasa. Manakala ada netizen yang mendakwa bahawa individu yang berada di belakang akaun Twitter tersebut adalah bekas polis yang sebelum ini menyandang pangkat yang tinggi.
Antara dakwaan Edisi Siasat adalah bagaimana MyEG mendapat tender kerajaan dengan mengugut pesaing, dakwaan mengenai salah laku yang dibuat oleh Ketua SPRM, selain itu Edisi Siasat juga mendedahkan bagaimana ahli politik dari bahagian kerajaan dan pembangkang ‘menerima duit haram’.
MyEG boleh menang bnyk2 tender kerajaan atas beberapa sebab utama
i) guna @SPRMMalaysia utk mengugut atau tangkap pesaing dlm tender
ii) dgn membayar rasuah kpd org dlm
iii) guna 10-20 syarikat proksi utk masuk tender
Dulu MyEG sgt rapat dgn @DrZahidHamidi jugak pic.twitter.com/hPKqyZ0m2p
— Edisi SiasatMY (@edisi_siasatmy) October 19, 2021
Sehingga kini beberapa individu yang namanya disebut oleh Edisi Siasat masih belum tampil menafikan dakwaan terbabit dan sehingga kini, orang ramai tertanya-tanya keabsahan maklumat yang disampaikan oleh Edisi Siasat.
Untuk rekod, sejak September lalu lagi polis sudah memulakan siasatan bagi mengesan individu disebalik akaun Twitter. Jalil Hassan dalam temubualnya bersama Utusan Malaysia pada masa itu berkata bahawa pihaknya akan mendapat maklumat berkaitan pemilik portal berkenaan.
Apa kaitan Melayu, rasuah, salahguna kuasa dan tradisi Islam. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.
Apa Kaitan Melayu, Rasuah, Salahguna Kuasa Dan Tradisi Islam
Goldman Sachs Malaysia Mengaku Bersalah Atas Pertuduhan Kes Rasuah 1MDB
Isa Samad Didapati Bersalah Terima Rasuah RM3.09 Juta Melibatkan Pembelian Hotel