Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tidak dinafikan tanpa pendedahan ibu papa, saya tidak akan terfikir untuk menceburi bidang ini.

Berikut adalah tips-tips yang dipraktikkan oleh mama dan papa saya untuk mendedahkan saya dalam bidang hartanah pada usia yang sangat muda:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Pelajaran

Selain penekanan ilmu agama, Mama dan Papa saya sentiasa menitik beratkan pelajaran anak mereka.

Macam-macam mereka masukkan saya: kelas melukis, kelas komputer, kelas Bahasa Inggeris, kelas bertutur, tae kwan do, mengaji dan juga tuisyen.

Mereka kalau boleh nak saya cuba banyak bidang.

Pengajaran: Asah bakat anak dan bagi anak terdedah dengan dunia luar untuk bina self esteem dan keyakinan.

Bila anak interaksi dengan rakan sebayanya, secara tidak langsung mereka akan belajar soft skill dan komunikasi.

2. Persekitaran

Disebabkan jadual saya yang sangat padat dengan pelbagai kelas tersebut, saya hanya dapat pulang ke rumah pada pukul 10 malam, iaitu selepas habis tuisyen.

Tempat transit saya antara sekolah rendah – sekolah agama – tuisyen adalah di pejabat mereka.

Saya makan, mandi dan power nap di pejabat mereka.

Pengajaran: Saya didedahkan dengan persekitaran kerja di pejabat dan diasuh untuk tahan dan bersabar dengan kepenatan.

3. Pendedahan

Papa dan Mama selalu bawa saya ikut mereka bekerja dan berjumpa pemaj, peguam, pegawai bank atau pelanggan.

Selain itu, mereka selalu angkut saya pergi bank, pejabat pemaju, show gallery, acara pelancaran dan juga site office.

Mama akan sediakan ’nenen’ (susu) supaya saya tidak merengek. Yelah, masa zaman 90-an mana ada iPad atau iPhone lagi.. hehe.

Pengajaran: Dari situ saya perhati cara mereka berintaksi dan berunding. Dari sini lah saya didedahkan dengan terma-terma hartanah pada umur yang sangat muda.

4. Asah Pengetahuan Am

Papa suka berborak dengan saya topik yang sangat berat untuk saya hadam di waktu itu (9-15 tahun) iaitu topik ekonomi dan pembangunan. Masa tu rasa bosan yang teramat kena dengar ‘cerita’ Papa.

Pengajaran: Walaupun topik boring, bagus untuk pengetahuan am anak-anak. Sebagai tip, buka topik ni masa dalam kereta. Nak tak nak, anak ’terpaksa’ dengar. Hehe.

5. Menguruskan duit

Selain itu, Papa memang mengajar menabung dari kecil. Papa akan bagi elaun seminggu dan ajar penetapan berapa boleh belanja dan berapa untuk simpan.

Akhir tahun, Mama bawak pergi bank untuk simpan duit. Mama akan tunjuk buku bank dan terangkan satu per satu duit yang ada dalam bank dan dividen yang dapat.

Pengajaran: Didik anak pengurusan kewangan/ duit pada usia yang muda. Pengurusan kewangan sangatlah penting dalam pelaburan hartanah.

6. Pengurusan masa

Papa selalu suruh buat jadual harian yang komprehensif dan lekat di dinding untuk semua nampak.

Masa tu rasa terkongkong sangat sebab hidup diatur setiap minit.

Pengajaran: Dalam industri hartanah,pengurusan masa dan strategi adalah penting.

7. Pelaburan hartanah – Sewaan

Papa dan Mama selalu bawa saya untuk bersih dan furnish kan rumah mereka yang untuk disewa.

Dan apabila penyewa nak masuk unit untuk disewakan itu, Papa dan Mama bawa saya sekali.

Pengajaran: Belajar kemahiran hiasan dalaman.

Selain itu mereka mengajar saya tentang pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan sewa.

Mereka menerangkan kepada saya dengan bahasa yang senang untuk saya fahami.

Kita (pemilik) kena bayar duit kepada bank sebab kita pinjam duit bank untuk beli rumah.

Tapi bila ada penyewa yang duduk rumah sewa tu, mereka yang tolong bayarkan untuk kita (pemilik).

8. Memperluaskan kosa kata hartanah

Bila jalan-jalan ke sebuah kejiranan, ajar anak jenis-jenis hartanah serta sifat mereka.

Antara kategori adalah: jenis rumah / fasiliti / dan lain-lain. Bila kita mengajar tentang jenis-jenis hartanah, kosa kata anak-anak akan lagi luas.

i. Contoh jenis hartanah:

Banglo, Semi-D, Corner Lot, End lot, Zero Lot, Town House, Terrace House, Service Residence, Office Tower, Duplex, Penthouse, Shopping Mall, dan lain-lain.

Tapi ingat, terangkan dgn ayat paling simple. Contoh: Semi-D – rumah yang cantum di tengah.

ii. Contoh fasiliti:

Guard house, swimming pool, infinity pool, wadding pool, gym, jacuzzi, hammock, gazebo, dll.

iii. Lain-Lain
Cul de-sac, ingress, egress, living room, master bedroom, pantry, car porch, basement dll.

Sebagai konklusi, ibu bapa boleh menanam rasa minat terhadap hartanah sewaktu anak masih kecil. Paling penting, gunalah bahasa yang senang untuk anak kecil faham. Terapkan pendidikan tidak formal ini dalam suasana yang ceria, anak pun tidak akan perasan yang mereka sedang belajar.

Share jika anda rasa perkongsian saya ni saya ni dapat memberi manfaat kepada masyarakat.