Anda mungkin biasa ke pasar dan sudah hafal kebanyakkan jenis ikan yang dijual di sana. Tidak bagi fisherman dari Russia ini. Roman Fedortsov adalah nelayan yang akan biasa mengail ikan di Murmansk (Di bahagian utara Russia yang jauh) dan menggunakan laman Instagram dan Twitter untuk merakam hasil tangkapannya.

Tangkapan hidupan laut Roman juga bukan biasa-biasa. Disebabkan kawasan beliau mengail adalah kawasan laut dalam dan jauh dari penenmpatan manusia, hidupan laut yang berjaya ditangkap beliau juga sangat unik dan aneh. Kebanyakkannya sangat menakutkan dan adakah ianya selamat untuk dimakan?

Jika anda lihat gambar-gambar ikan ini, ianya tidak ubah seperti makhluk yang biasa anda lihat di dalam filem alien dan sains-fiksyen. Roman pula seperti sudah biasa berhadapan dengan hidupan-hidupan ini dan dengan selamba berkongsi setiap tangkapan aneh beliau akaun sosial media milik beliau.

Selepas melihat gambar-gambar ini, trauma sedikit nak makan ikan. Sudahlah saya penggemar sushi. Cuba bayangkan anda makan salah satu hidupan laut dalam ini dan ianya dimakan secara raw dan fresh dan berada di atas pinggan sushi anda. Sanggup tak anda makan?

Jika anda teruja dengan tangkapan Roman, anda boleh follow beliau di sini. Ada pembaca Vocket yang kaki mancing? Hidupan laut apa yang paling rare pernah anda tangkap? Boleh kongsi dengan kami di ruangan komen.