Marvel bukan hanya memfokuskan franchise komik mereka untuk filem Hollywood skala besar, siri television juga penting bagi mereka. The Defenders adalah siri baharu Marvel khas untuk peminat Marvel yang akan bersiaran bermula 18 Ogos di Netflix.

Sebelum ini, Daredevil dan The Flash menjadi siri kegemaran peminat di Netflix dan kini, siri The Defenders ini juga dijangka akan menjadi hit di kalangan peminat. The Defenders merupakan mini-series yang mengumpulkan 4 siri Marvel di Nextflix.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

4 watak penting di dalam siri ini nanti adalah Jessica Jones, Iron Fist, Luke Cage dan semestinya Daredevil. Penjahat untuk siri ini pula adalah pelakon wanita hebat, Sigourney Weaver yang akan melakonkan watak bernama Alexandra (The Hand). Kalau anda peminat setia siri Alien, pasti anda teruja dengan watak Sigourney dalam siri ini.

Setiap watak The Defenders mempunyai siri mereka yang tersendiri dan khabarnya, The Defenders akan memberi kesan kepada perkembangan setiap watak dalam siri mereka. Jadi apa perubahan yang akan terjadi kepada mereka? Kalau nak tahu, jangan terlepas untuk tonton siri The Defenders ini. Tetapi anda perlulah melanggan Netflix terlebih dahulu.

https://www.youtube.com/watch?v=4h3m7B4v6Zc

https://www.youtube.com/watch?v=D_6J9BqgonU

https://www.youtube.com/watch?v=nbxx0ROZJpE