Pernah tak anda bayangkan diri anda dikejar oleh anjing? Mesti anda akan berasa cuak dan cuba berlari lebih laju agar tidak digigit oleh anjing, bukan?

Terbaharu, seorang pengguna Twitter telah berkongsi sebuah video yang memaparkan perlumbaan larian di trek larian. Akan tetapi, seekor anjing menerpa masuk ke trek larian dan mengejar pelari yang sedang berlari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video tersebut, dapat dilihat ketika pelari sedang berlari secara tiba-tiba anjing mengejar pelari itu dan keadaan dapat diselamatkan apabila seorang lelaki menghalang anjing terbabit.

Kejadian dipercayai berlaku Universiti Malaysia Sabah dan video tersebut telah meraih perhatian orang ramai. Rata-rata netizen berasa terhibur melihat situasi tersebut dan mengatakan pasti pelari itu akan pecah rekod jika anjing itu tidak di ‘tackle’.

https://twitter.com/nickhilsm/status/1615202567373606912

Bukan itu sahaja, para netizen juga berseloroh mengatakan mungkin anjing itu adalah jurulatih pelari tersebut dan ada juga yang mengatakan bahawa anjing itu mungkin sebahagian rancangan jurulatih agar pelari dapat berlari pantas.