Perintah Kawalan Pergerakan telah menetapkan bahawa rakyat Malaysia dilarang untuk rentas negeri atau daerah bagi membendung wabak COVID-19 yang kian menular di Malaysia.

Larangan ini bukan sahaja bertujuan untuk membendung, tetapi ia juga adalah langkah awal kerajaan dalam memastikan bahawa penularan wabak tidak berlaku sepanjang perayaan Aidilfitri yang disambut umat Islam di Malaysia baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun melihat kepada beberapa hantaran yang tular di media sosial semalam, di mana lebuh raya dari Pantai Timur menghala ke Kuala Lumpur sesak teruk dengan ribuan kereta, ia menjadi satu pertanyaan, adakah orang Malaysia patuh pada larangan yang telah ditetapkan?

Melalui perkongsian Zulhafidz Yahaya di laman Facebook beliau, kelihatan lebuh raya dari Pantai Timur menghala ke Kuala Lumpur mengalami kesesakan yang luar biasa.

Situasi ini seolah-olah seperti tiada apa-apa perintah larangan yang dikeluarkan dan kesesakan ini mungkin disebabkan sebahagian daripada mereka yang ‘pulang daripada kampung’ selepas menyambut perayaan Aidilfitri.

“Dari Jam 8.30 Malam 16 May 2021, sampai Jam 1.30 Pagi 17 May 2021, Lebuh raya Karak, menghala Kuala Lumpur, Plaza Tol Gombak, sesak teruk.

“Sementara itu, semua highway lain, Akleh, Plus Arah Utara, Plus Arah Selatan, Penang Brigde 1 & 2, Tuas, Elite, NKVE, semuanya sunyi.

“Takkan semua dari arah pantai timur ni PJJ? Dah lepas balik beraya, balik ke Klang Valley balik? Duk main keluar masuk kawasan wabak?” Kata Zulhafidz Yahaya di laman Facebook.

https://twitter.com/SyahirNaser/status/1393963918343561222

Gambar yang tular semalam turut mendapat perhatian warga Twitter apabila Syahir Naser telah memuat naik hantaran tersebut di laman Twitter peribadinya.

“Kemain meriah Tol Gombak malam ini. Banyak kenderaan menghala ke KL. Terbaik,” katanya di laman Twitter.

Ciapan yang dimuat naik pada jam 12 malam, bertarikh 17 Mei 2021 itu telah mendapat lebih 1,500 ciapan balas dan 1,500 tanda suka daripada netizen di Twitter.

Manakala di laman Instagram pula, Dr Izzar Anwari turut menyuarakan kebimbangan dengan kesesakan yang terjadi di lebuh raya Pantai Timur yang menghubungkan pusat bandar.

https://www.instagram.com/p/CO9DOgZl6DG/

“Fuhh. Berduyun-duyun manusia di highway semalam. Harap-harap bukan pulang dari kampung halaman masing-masing atau tengah ada roadblock ke,” katanya di laman Instagram.

Rata-rata netizen di Facebook, Twitter dan Instagram yang melihat situasi di lebuh raya Karak menyuarakan rasa tidak puas hati dengan sikap degil sesetengah rakyat Malaysia yang bersesak di lebuh raya terbabit.

Tidak jelas apa tujuan mereka, namun ia seolah-olah satu petanda bahawa larangan rentas negeri yang dikuatkuasakan sebelum hari raya tidak diendahkan oleh sesetengah rakyat Malaysia.

“Dah balik kampung tu stay saja sana. Pasni kalau kes Selangor naik jangan salahkan Selangor sebab tak semua penduduk Selangor asal Selangor. Kesian kat frontliner dengan orang-orang yang betul-betul ikut SOP. Harap-harap semuanya baik,” kata salah seorang netizen di laman Facebook.

collage
Facebook

“Sekiranya anda adalah salah satu dari sekian banyak orang kembali ke KL/Selangor setelah meraikan hari raya di negeri lain, anda tidak berhak untuk mengadu mengenai lockdown, kelas dalam talian dan sekatan PKP,” kata netizen di Twitter.

“Degil betul mereka ini. Tak kesian ke kepada yang betul-betul jaga SOP selama ni? Dah berapa lama tak keluar? Ada yang nak dua tahun tak jumpa ibu bapa. Semua risau kesihatan ibu bapa sebab tu semua patuh SOP..tapi sedih betul bila tengok macam ini ada yang masih berdegil,” kata salah seorang netizen di Instagram.

Untuk rekod, The Vocket sebelum ini melaporkan bahawa Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob memaklumkan kes COVID-19 dijangka mencapai 5,000 kes sehari selepas sambutan Hari Raya sekiranya orang ramai gagal mematuhi SOP.

Difahamkan melalui perbincangan bersama Menteri Kesihatan, penularan kes dijangka meningkat sehingga 10,000 sekiranya orang ramai tidak mengambil langkah berjaga-jaga.

Ismail Sabri beri bayangan kes COVID-19 dijangka mencecah 5,000 sehari selepas Hari Raya. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ismail Sabri Beri Bayangan Kes COVID-19 Dijangka Mencecah 5,000 Sehari Selepas Hari Raya