Setiap stesen LRT dilengkapi dengan bas Rapid KL bagi memudahkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam itu pada setiap masa. Bagaimanapun baru-baru ini ada seorang pemandu Myvi mengundang rasa tidak puas hati netizen apabila berhenti di tepi lorong bas.

Dalam satu video berdurasi 1 minit 15 saat yang dirakam dari atas jambatan LRT Wangsa Maju, pemandu Myvi itu berkeras tidak mahu berganjak dari tempat dia berhenti walaupun Rapid KL di belakangnya membunyikan hon panjang memintanya ke hadapan sedikit untuk membolehkan bas itu keluar dari perhentian bas itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ada seorang lelaki yang berdiri di tempat kejadian segera mendekati Myvi itu dan mengetuk tingkap memberitahu kepada pemandu untuk bergerak ke hadapan untuk memberi laluan kepada bas di belakangnya.

Bagaimanapun kelihatan pemandu Myvi itu masih berdegil sambil menunding jari ke arah lelaki yang menegurnya memberitahu bahawa dia sedang menunggu seseorang di perhentian bas berkenaan.

Pemandu Myvi itu bergerak hadapan sedikit, namun badan keretanya masih dalam garisan kuning petak bas berhenti dan menghalang bas untuk keluar.

Lelaki yang menegurnya kembali semula ke arah kereta Myvi itu dengan rasa marah dan mengarah pemandu itu untuk bergerak ke hadapan lagi untuk memudahkan bas keluar dari situ.

Sumber Gambar: Facebook Oh Malaysia Ku
Sumber Gambar: Facebook
Sumber Gambar: Facebook

Kejadian itu membuatkan netizen menemplak tindakan pemandu Myvi terbabit yang tidak bertimbang rasa kerana menyusahkan Rapid KL bergerak sedangkan trafik di belakang bas sudah padat.

Untuk makluman, mana-mana kenderaan meletakkan kenderaan pada perhentian bas boleh didenda mengikut Seksyen 119(2) dengan kadar kompaun RM 200.00 jika didapati bersalah.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB di Facebook dan Instagram untuk perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.