Memakai pelitup muka samada mahu keluar ke tempat awam ataupun ke sekolah dan universiti sudah menjadi kewajipan khalayak untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan dalam usaha membendung penularan wabak yang meragut nyawa ini.

Dalam pada itu, bukan sahaja anti-vaksin Covid-19 yang wujud malahan ada juga antara mereka yang anti pelitup muka dan salah seorangnya ialah Kattie Dugger, wanita yang asalnya dari Lewiston, Amerika Syarikat kini lebih memilih untuk memakai pakaian wanita Muslim iaitu burqa berbanding pelitup muka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi yang belum tahu, burqa merupakan sejenis tudung labuh yang menutup seluruh wajah wanita dan hanya pada bahagian mata sahaja yang dilitupi dengan kain jarang. Difahamkan, burqa lebih popular digunakan dalam kalangan muslimah di Afghanistan dan Yaman. Namun penggunaannya adalah tidak diwajibkan dalam Islam.

Menurut halaman KTVB7, Kattie merupakan seorang pelajar di Lewis-Clark State College (LCSC). Khabarnya, beliau terpaksa menangguhkan pembelajarannya di semester yang lalu disebabkan peraturan ketat di kolej berkenaan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka kepada para pelajar.

Sedangkan beliau lebih selesa memakai burqa bagi menggantikan pelitup muka untuk ke kelas secara bersemuka di pusat pengajian berkenaan.

“Saya terpaksa tangguh pembelajaran saya di semester lalu disebabkan peraturan yang merepek ini. Burqa tersebut saya beli di Peru. Saya lebih selesa memakainya berbanding pelitup muka.

“Jangan tanya saya mengapa, sebabnya masa saya kecil dulu, saya pernah mengalami satu kejadian trauma disebabkan saya memakai pelitup muka. Bukan sahaja trauma, malah memakai pelitup muka juga menyebabkan muka saya berpeluh dan tidak rasa selesa semasa belajar di dalam kelas,” ujarnya seperti dilaporkan KTVB7.

Kisah Kattie ini mula mendapat perhatian umum setelah tularnya sebuah rakaman perjumpaan secara langsung di aplikasi Vimeo pada 25 Januari lalu yang membincangkan kewajipan peraturan pemakaian pelitup muka di bandar Lewiston.

Difahamkan peraturan tersebut akan dilanjutkan selama tempoh 90 hari lagi pada tahun ini. Sesiapa yang tidak memakai pelitup muka pastinya ada hukuman yang akan dikenakan.

Menurut NY Post, penduduk di Lewiston dibenarkan untuk memberikan pandangan mereka berhubung lanjutan tempoh wajib pemakaian pelitup muka di bandar berkenaan.

Gara-gara tidak boleh memakai pelitup muka, Kattie terpanggil untuk meluahkan rasa kecewanya dan merayu kepada pihak berwajib agar hanya beliau sahaja yang dibenarkan memakai burqa sebagai pengganti pelitup muka di bandar berkenaan juga ke kolej LCSC.

“Saya memakai burqa sebab dengan cara ini sahaja saya boleh pergi ke kelas tanpa sebarang masalah.

“Percayalah, saya masih boleh bernafas disebabkan kainnya yang nipis. Dengan cara ini sahaja saya mampu untuk menghabiskan pengajian saya biarpun kelihatan seolah-olah saya ini memakai pakaian muslim yang menakutkan,” luahan Kattie seperti dilaporkan NY Post.

Kattie berharap pihak berwajib sudi mempertimbangkan permintaan beliau ini dan tidak dikenakan tindakan sekiranya beliau enggan memakai pelitup muka di tempat awam sebaliknya burqa yang menjadi pilihan. Moga-moga Kattie terus istiqamah dalam memakai burqa dan akhirnya terdetik pula rasa jatuh cinta dalam dirinya kepada agama Islam hendaknya. Anda boleh menyaksikan video luahan sedih Kattie Dugger di sini.

Baca lagi perkongsian kami yang lalu mengenai kisah seorang penumpang ETS yang berdegil untuk tidak memakai pelitup muka melaui pautan di bawah.

Yakin ‘Customer Is Always Right’, Penumpang ETS Ini Enggan Memakai Pelitup Muka Meskipun Disuruh

Penjelasan Kenapa Dr Noor Hisham Sarankan Wanita Berpurdah Memakai Pelitup Muka

Ditegur Tidak Pakai Pelitup Muka, Tengku Puteri Jihan Jawab Dakwaan Netizen Di Twitter

Sumber