Sejak pengumuman YB Syed Saddiq mengenai kemasukan Go-Jek ke Malaysia, para netizen sering bertanyakan adakah perkhidmatan teksi-motorsikal tempatan iaitu Dego Ride akan kembali semula atau diketepikan pihak kerajaan.

Segalanya terjawab pada hari ini selepas beberapa pertemuan antara CEO Dego Ride bersama YB Syed Saddiq dimana Dego Ride akan turut beroperasi bersama Go-Jek.

Huawei-Nova-5T-1280×720
HYPE
Rekaan Trendy Huawei Nova 5T Tampil 5 Kamera AI Dibuka Untuk Pra Tempahan Bermula Esok
Baca lagi →

Bersempena dengan kehadiran semula servis ini, Dego Ride turut menawarkan servis perkhidmatan teksi-motorsikal secara percuma khas buat semua pengguna dalam tempoh terhad.

Starting the 29th of August 2019 we're offering FREE Motorcycle Taxi Rides to all our users for a limited use of once a…

Posted by Dego on Wednesday, 28 August 2019

Promosi perkhidmatan percuma ini ditawarkan cuma sehari sekali dan tempoh terhad sahaja. Penawaran servis ini secara percuma pastinya memberi peluang buat orang ramai mencubanya sekaligus meningkatkan lagi jumlah pengguna Dego Ride. Selain itu, kehadiran Dego Ride ini juga pastinya dapat memberi saingan kepada Go-Jek yang bakal beroperasi di Malaysia tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan, Dego Ride mula beroperasi seawal 2017 menawarkan servis perkhidmatan teksi-motorsikal dalam jarak 3km dengan caj RM3 serta servis menghantar barangan.

Setakat ini servis Dego Ride cuma ditawarkan di beberapa tempat di Malaysia meliputi Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor. Buat anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut atau memuat turun aplikasi, anda boleh klik di sini untuk ke laman web rasmi.

Berkhidmatan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai servis teksi-motorsikal? Artikel dibawah mungkin menarik minat anda.

Lelaki Ini Kongsikan Kesan Startup Tempatan Terhadap Kemasukan Go-Jek Ke Malaysia

Go-Jek Indonesia Sanggup Terbang Ke New York Untuk Hantar Makanan YouTuber Ini

Anda Mungkin Suka