Setelah hampir setahun diharamkan oleh pihak kerajaan, perkhidmatan teksi motosikal pertama di Malaysia, Dego Ride nampaknya bakal mula beroperasi semula.

Menurut Nabil Feisal Bamadhaj yang merupakan pembangun aplikasi Dego Ride berkata, ‘kami telah menjalankan semula perkhidmatan ini semula sejak dua minggu lalu di kawasan sekitar Lembah Klang. Harganya bermula pada RM3 untuk jarak 3 kilometer dan ke bawah’.

Menurut beliau lagi meskipun baru dua minggu diperkenalkalkan kembali, perkhidmatan Dego Ride berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga kini. Beliau memulakan semula perkhidmatan itu kerana masalah kesesakan lalu lintas di bandar, tempat letak kereta tidak mencukupi serta caj e-hailing yang agak tinggi.

Diharap perkhidmatan ini bakal diperluaskan lagi di serata negara bagi membolehkan para pengguna menikmati caj teksi motosikal dengan harga yang berpatutan. Buat anda yang berminat untuk mendaftar sebagai pengendali motorsikal e-hailing, anda juga boleh ke laman web untuk mendaftar serta ikuti syarat-syarat yang disertakan dibawah.

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia

https://www.youtube.com/watch?v=SuC_bj23iYE

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!

Sumber