Beberapa artis tempatan dilihat menyindir hasrat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang mahu melihat filem tempatan tercalon ke Anugerah Oscar.

Ia susulan pengumuman daripada Pengerusi FINAS, Zakaria Abd Hamid sebelum ini yang yakin pencalonan ke anugerah-anugerah tertinggi dunia itu akan berjaya dicapai oleh industri perfileman negara.

Antara yang terawal bersuara memberikan pendapat mengenai impian FINAS itu adalah pelakon Tony Eusoff dan Sharifah Amani melalui media sosial masing-masing selepas pengumuman itu dibuat.

“Jangan la asyik cakap nak menang Oscar je. Kita ni kat kampung pun tak tentu jaguh lagi.

“Banyak lagi masalah filem dan TV yang perlu ditangani. Rujuk kontrak-kontrak berat sebelah dulu. Pastikan pelakon tak payah bawa baju sendiri untuk shooting. Wig pun masih jelas nampak palsu,” tulis Tony dalam ciapan di akaun Twitternya.

Beliau pada masa turut mempersoalkan langkah-langkah yang dicadangkan jika ianya wujud bagi mencapai sasaran tersebut.

Ini kerana menurutnya dari segi peruntukan sahaja industri kita agak ketinggalan jika dibandingkan dengan pemenang-pemenang Oscar sebelum ini.

Bukan kita pernah ke Oscar?

Manakala seorang lagi pelakon tanah air, Sharifah Amani dalam ciapan di Twitternya pula dilihat menyindir impian itu dengan bertanyakan ‘bukan kita dah ada filem yang sampai Oscar ke? Siap dapat pencalonan lagi? sambil merujuk kepada filem Wolf of The Wall Street.

Filem lakonan Leonardo Di Caprio itu sebelum ini dilaporkan dihasilkan oleh penerbit daripada Malaysia Riza Aziz  sebelum dikeluarkan dari senarai pencalonan untuk kategori Best Picture  untuk anugerah berprestij tersebut.

Bagaimanapun, buat anda yang tidak tahu filem animasi tempatan Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal sebelum ini hampir sahaja ke pencalonan akhir untuk anugerah berprestij tersebut.

Namun, filem tersebut tidak berjaya untuk mengatasi saingan sengit beberapa filem animasi tempatan seperti Toy Story 4, Klaus dan How To Train Your Dragon: The Hidden World.

Baca mengenai filem animasi Upin & Ipin yang dihasilkan anak-anak tempatan yang hampir tersenarai ke pencalonan akhir Oscar di pautan di bawah. 

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Antara 32 Animasi Disenaraikan Untuk Oscars 2020

Dokumentari Dua Penerbit Malaysia Berjaya Disenarai Pendek Untuk Oscar 2020