EMC telah menerima tawaran bernilai US$33.15 per syer dimana US$24.05 per syer di dalam bentuk tunai dan selebihnya di dalam bentuk sekuriti yang terikat dengan nilai VMware, pembuat perisian pusat data yang dikawal oleh EMC. Ini bermakna VMware akan kekal di dalam senarai syarikat.

EMC Corporation adalah syarikat korporat multinasional Amerika Syarikat yang menawarkan penyimpanan data, keselamatan informasi, analitik, cloud computing dan lain-lain produk dan perkhidmatan yang membolehkan urusan disimpan, diuruskan, dilindungi dan pengalisaan data.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini bermakna EMC menyediakan pusat penyimpanan data untuk syarikat-syarikat teknologi yang besar dan kini dimiliki oleh Dell dengan nilai US$67 billion. Pengambilalihan ini akan memberi kebaikan kepada Dell dengan membantu meningkatkan profilnya di dalam pusat data kerana EMC memegang hampir dua kali ganda saiz pasaran penyimpanan data berbanding Dell sebelum ini.

Pengerusi dan CEO EMC, Joe Tucci telah mengeluarkan kenyataan:

“Gelombang perubahan yang kita lihat sekarang di dalam industiri ini belum pernah terjadi sebelumnya dan, untuk mengemudi perubahan ini, kita mesti mencipta satu syarikat baru untuk era baru.”

Pengambilalihan ini merupakan nilai terbesar yang pernah dilakukan berbanding lima buah pengambilalihan sebelum ini:

  • US$19 billion – Facebook beli Whatsapp pada 2014
  • US$18.6 billion – HP beli Compaq pada 2002
  • US$13.6 billion – HP belu EDS pada 2008
  • US$13.5 billion – Symantec beli Veritas pada 2014
  • US$12.5 billion – Google beli Motorola Mobility pada 2014

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram