Demam babi Afrika atau lebih dikenali sebagai Africa Swine Flu (ASF) telah menyerang tiga ladang babi di Sibu, Sarawak. Kes yang melanda tiga ladang ternakan babi di Sarawak ini telah disahkan oleh Makmal Diagnostik Veterinar Sarawak menggunakan Ujian Pantas Tindak balas Berangkai Polimerase (RT-PCR), lapor Utusan Malaysia.

Antara kesan yang dibawa oleh wabak ini adalah masalah ekonomi yang serius sehingga merugikan para petani tempatan. Selain itu ia juga memberi kesan kepada keselamatan makanan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan media, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sarawak telah pun dikerah ke lokasi untuk mengetahui sejauh mana wabak ini menular dan telah mengambil semua tindakan yang perlu untuk membendung penyakit berkenaan daripadanya merebak lebih jauh ke ladang babi yang lain.

Adakah ASF Berbahaya Kepada Manusia?

Selain daripada Sarawak, kes ini juga sebenarnya sudah ditemui di Thailand dan Indonesia. Memetik laporan Kompas, Kementerian Pertanian Indonesia (Kementan) berkata kes ASF telah ditemui di beberapa bandar atau daerah di Sumatera Utara.

Kebanyakan negara mentakrifkan demam babi Afrika sebagai penyakit pada babi yang sangat menular dan boleh menyebabkan kematian pada babi sehingga 100 peratus dan mengakibatkan kerugian ekonomi yang besar.

Menurut Animal and Plant Health Inspection Service (USDA), demam babi Afrika pada dasarnya bukanlah ancaman kepada kesihatan manusia dan tidak boleh ditularkan daripada babi kepada manusia. Tambahnya lagi, demam babi Afrika adalah penyakit virus yang sangat menular dan membawa maut yang boleh menjejaskan babi domestik atau ternakan serta babi hutan.

ASF sebenarnya sudah ditemui di beberapa negara di seluruh dunia. Wabak yang membawa kesan buruk kepada babi ini telah pun merebak ke Republik Dominican dan Haiti. Selain itu, China, Mongolia dan Vietnam, serta di bahagian Kesatuan Eropah turut merekodkan kes ASF di sana.

Menurut para pakar, ASF telah diklasifikasikan sebagai tidak bahaya kepada manusia, tidak akan menjadi masalah kesihatan awam dan bukanlah penyakit yang boleh berjangkit daripada haiwan kepada manusia (zoonosis).

Buat masa ini tiada vaksin yang diluluskan untuk wabak ini. Namun pencegahan awal dibuat melalui pelaksanaan dasar import dan langkah keselamatan yang sesuai bagi memastikan bahawa babi atau produk babi yang dijangkiti tidak terdedah kepada ASF.

‘Perak juara ternak babi’ – berjaya atasi Sarawak dengan 545,258 ekor babi pada 2019. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

‘Perak Juara Ternak Babi’ – Berjaya Atasi Sarawak Dengan 545,258 Ekor Babi Pada 2019

Belum Selesai Dengan COVID-19, Kanak-Kanak Di AS Kini Diserang Dengan Penyakit Misteri

Demi Cegah Selsema Babi, China Bina ‘Apartment’ 13 Tingkat Khusus Untuk Babi