Sebuah pasukan bola sepak tidak mampu untuk memenangi suatu perlawanan tanpa sokongan dan sorakan daripada peminatnya.

Untuk pengetahuan anda, setiap negara mempunyai peminat dan pengikut setianya sendiri, dan setiap negara mempunyai cara tersendiri untuk bersorak, terutamanya dalam bola sepak.

Sebagai contoh, di Malaysia, kita biasa dengar penyokong Harimau Malaya bersorak dengan jeritan ‘Ole! Ole!’ atau jika anda pernah ke stadium kita akan mendengar lagu nyanyian Ultras Malaya.

Tetapi bagi beberapa negara luar, sorakan mereka mungkin berbeza, contohnya Argentina dengan sorakan ‘Vamos!’, atau penyokong Iceland yang terkenal dengan tepukan Viking.

Bagi penyokong Arab pula, terutamanya tuan rumah Piala Dunia 2022 iaitu Qatar, sorakan Yalla! Yalla sering digunakan oleh mereka. Ia bermaksud ‘jom’, ‘mari kita pergi’, atau “cepat” dalam bahasa Arab.

Sempena acara Piala Dunia 2022 yang sedang berlangsung di Qatar kini, peminat berpeluang untuk menikmati sorakan kemenangan dengan menyertai kempen Yalla Bola kat Mamak.

Bagi anda yang mahukan kelainan sepanjang musim demam bola sepak ini, Yalla Bola 2022 akan singgah di beberapa lokasi untuk memeriahkan lagi suasana Piala Dunia 2022.

Di sana nanti, anda bukan sahaja boleh menonton bola, tetapi anda juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah, makanan percuma untuk peserta terawal, cabutan bertuah dan bertemu dengan pengacara ternama Hanif Miswan dan bekas pemain bola sepak Malaysia Shahrom Kalam.

Jangan lupa untuk lock jadual anda kerana Yalla Bola 2022 akan berkunjung ke lokasi berikut :

    1. 12am, 27th November 2022 (Restoran Hakim Seksyen 7 Shah Alam)
    2.  9 malam, 10 Disember 2022 (Colosseum Cafe, CyberJaya)
    3. 9 malam, 18 Disember 2022 (NZ Curry House Wangsa Maju)

Jadi, tunggu apa lagi? Meriahkan acara Piala Dunia 2022 dengan berkunjung ke acara Yalla Bola dan menangi pelbagai hadiah menarik.