Penangan filem Black Panther begitu hebat dan masih lagi mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat, tidak terkecuali dalam kalangan atlet terkenal dunia. ‘Wakanda Forever Salute’ ini menjadi simbol black power dalam kalangan atlet-atlet berkulit hitam.

Chadwick-Boseman-Wakanda-Forever-2018-Oscars

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mata permainan kini tidak lagi diraikan dengan tarian kemenangan tetapi dengan melakukan gerakan silang tangan di dada atau lebih dikenali sebagai ‘Wakanda Forever’ dari filem tersebut. Sehingga kini, filem Black Panther berjaya mengaut keuntungan sebanyak $1.1 billion dari seluruh dunia.

Antara atlet yang terawal dalam mempamerkan gerakan ini dalam perlawanan ialah Jesse Lingard dan Paul Pogba, pemain bola sepak Manchester United. Kedua-duanya kelihatan melakukan gerakan tersebut semasa perlawanan menentang Chelsea pada Februari yang lepas.

Gerakan tersebut kemudian terus tular dalam kalangan permain tenis berkulit hitam seperti Gael Monfil dan Sachia Vickery sebaik sahaja menambah mata permainan dalam perlawanan yang disertai. Atlet-altet ini juga telah memuat naik gambar tersebut di akaun Instagram masing-masing dengan caption dan #wakandaforever.

Menurut Sachia Vickery sendiri, beliau yang begitu fanatik dengan filem tersebut telahpun menonton sebanyak empat kali dan akan terus menonton filem tersebut selepas ini.

Tidak ketinggalan ahli gusti WWE, Titus O’Niel dan juga pemain rugbi Collins Injera. Jelas sekali begitu kuat pengaruh filem ‘Black Panther’ dalam kalangan ahli sukan.