Sebuah syarikat teknologi kewangan pembayaran maya Malaysia, Revenue Monster kini telah bekerjasama dengan GrabExpress dalam usaha meningkatkan penyelesaian perkhidmatan penghantaran untuk ribuan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Kerjasama ini dilihat sebagai satu langkah yang baik untuk beberapa perkara termasuk untuk membantu para PKS dan perusahaan mikro sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini. Difahamkan, Revenue Monster menambah perkhidmatan GrabExpress ke dalam kedai atas talian mereka iaitu à la carte sebagai sebuah lagi penyelesaian penghantaran baharu untuk perkhidmatan tersebut.

Revenue-Monster-CEO
Ketua Pegawai Eksekutif Revenue Monster, Amanda Chin

Justeru itu, para peniaga kini boleh menggunakan perkhidmatan à la carte untuk menjual barangan secara atas talian serta menggunakan kemudahan GrabExpress untuk penghantaran barangan yang cepat dan selamat. Ketika ini, kemudahan GrabExpress pada perkhidmatan à la carte hanya ditawarkan di beberapa lokasi seperti di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu sahaja.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Revenue Monster, Amanda Chin berkata à la carte telah merevolusikan proses pendigitalan perniagaan dan ia boleh juga menyelaraskan proses pembayaran dengan 15 kaedah, termasuk semua e-Wallet utama serta kad debit dan kredit.

Secara tidak langsung, kerjasama ini membolehkan pihaknya untuk berhubung dengan lebih ramai pelanggan serta bantu meningkatkan aliran pendapatan mereka.

Sementara itu, baca artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Tidak Lagi Perlu Ke Kaunter, Lesen Memandu Boleh Diperbaharui Secara ‘Online’ Mulai 16 Oktober

Tidak Mahu Rugi, H&M Bakal Tutup 250 Cawangan Di Seluruh Dunia

Sering Pamer Kemewahan Di Media Sosial, SPRM Tahan Datuk Seri Disyaki Terlibat ‘Macau Scam’