Boleh dikatakan banyak taktik yang dilakukan oleh penjaja untuk melariskan barangan jualannya dan kadangkala menggunakan kisah sedih mereka bagi meraih simpati ramai.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @izx2471 telah berkongsi sebuah hantaran di Twitter memaparkan situasi dia didatangi seorang mak cik yang menjual makanan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan dia telah membeli 2 bekas nasi ayam merah.

Baca Juga:

Pada awalnya dia tidak mahu membeli tetapi apabila berasa kasihan maka dia pun membeli makanan daripada mak cik tersebut. Apabila ditanya mengapa berniaga, mak cik tersebut menjawab dia mencari wang untuk kos perubatan kansernya.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa tersentuh melihat mak cik tersebut gigih mencari wang untuk membiayai kos rawatannya.

Akan tetapi, ada juga mempersoalkan tindakan mak cik tersebut yang menjaja di kawasan KLIA. Malah, segelintir netizen juga berpendapat mak cik terbabit boleh memohon inisiatif untuk meringankan beban.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga netizen yang mendakwa dirinya pernah berdepan dengan pengalaman buruk bersama mak cik tersebut apabila mak cik itu menjeling dan memberikan kata-kata kesat apabila tidak membeli.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan bahawa makanan dibeli telah basi. Walau pun begitu, segelintir netizen berpendapat tidak salah jika ada yang membantu dengan membeli jualan mak cik tersebut.