Anda mungkin pernah mendengar petikan filem di mana seorang lelaki membuktikan cintanya kepada wanita dengan menyebut, “I love you from the moon and back.” Namun, siapa sangka, kata-kata tersebut bukan sekadar ucapan sahaja.

Terbaharu, seorang lelaki bernama Sohaib Ahmed, berasal dari Pakistan telah bertindak membeli sebidang tanah di Bulan untuk dihadiahkan kepada isterinya yang tercinta.

BeFunky-collage (80)
HYPE
Nikmati Ais Krim Terbaru Paddle Pop Minions Caramel And Chocolate
Baca lagi →

Lelaki berusia 23 tahun tersebut membeli tanah seluas satu ekar di Bulan dengan harga USD$ 45 – bersamaan RM186.00 – melalui Lunar Settlement Initiative (LSI) untuk isterinya, Madhia.

YouTube-1

Kebanyakan orang pada mulanya tidak percaya dengan berita ini, persoalan yang bermain di media sosial adalah ; adakah benar kita boleh membeli sebidang tanah di Bulan?

Jawapannya adalah ya, melalui satu sijil rasmi yang dikeluarkan oleh LSI, kelihatan nama Sohaib Amed tertera di sijil tersebut. Sijil itu dikeluarkan sendiri oleh The Lunar Registry yang mempunyai pejabat di kota New York.

Menurut laman web LSI, tanah di Bulan hanya ditawarkan kepada individu atau syarikat bagi membiayai eksplorasi di Bulan. Tambahnya lagi, setelah berjaya memiliki tanah tersebut, pemilik berhak untuk tinggal di tanah tersebut.

Youtube-2

Pasangan ini dilaporkan telah berjaya mendapatkan semua dokumen yang dikeluarkan Sea of Vapor Society, termasuk ‘Tuntutan & Akta Berdaftar untuk Harta Lunar.

Rupanya-rupanya, selain Sohaib, beberapa artis Bollywood juga mempunyai nama yang didaftarkan untuk sebidang tanah di Bulan. Shah Rukh Khan juga dilaporkan pernah dihadiahkan sebidang tanah di bulan oleh salah seorang peminatnya.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Isteri Hamil Anak Pertama Selepas 10 Tahun, Irwansyah Sediakan Lif Di Dalam Rumah

Nasib Malang Buat Suami Di Malam Pertama, ‘Isteri’ Yang Dia Kahwini Rupanya Seorang Lelaki

Anda Mungkin Suka