Sebagai ibu bapa, pastinya pelbagai usaha sedia dijalankan dalam memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik. Buat keluarga Zaharah yang bertempat di Pasir Puteh, pasangan dengan kurniaan lapan orang anak ini memilih untuk menjalankan beberapa pekerjaan bagi menyara keluarga serta anak-anak mereka.

Semuanya bermula apabila beliau menjalankan bisnes jualan sayur kacang panjang yang ditanam di halaman rumahnya secara kecil-kecilan kepada jiran tetangga di rumahnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bisnes yang dimulakan lapan tahun lalu ini dilihat semakin mendapat tempat di kalangan penduduk kampung selepas beliau meningkatkan jumlah barangan yang terdiri daripada pelbagai sayur-sayuran dan kuih-muih.

Apa yang menarik mengenai bisnes yang dijalankan Puan Zaharah, beliau memilih untuk menggunakan motosikal dan bergerak dari rumah ke rumah membolehkan orang ramai mendapatkan barangan dapur yang segar.

doc7cir9y3vo69sedn0fd4
Sumber: The Star

Berjaya mendapatkan harga yang istimewa terus daripada petani membolehkan beliau dapat menawarkan sayur-sayuran segar dengan harga yang rendah kepada para pembeli.

Berdasarkan perkongsian Puan Zaharah, beliau seakan tidak menyangka bisnes yang dijalankan beliau sejak lapan tahun lalu berjaya mendapat respon baik di kawasan sekitar Kampung Telaga Gayong, Taman Kobena, Sri Aman and Jerat Semata.

Orang ramai sekitar kawasan ini juga dikatakan lebih selesa untuk berurusan dengannya khususnya mereka yang tidak dapat ke bandar berikutan ketiadaan kenderaan.

Menurut Puan Zaharah, pendapatan yang diperoleh secara tidak langsung berjaya mengurangkan beban suaminya yang bekerja sebagai penjual ayam di Pasar Jelawat, Bachok.

Siapa sangka hasil kerja keras pasangan suami isteri ini, anak-anaknya berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjong Malim, Perak.

Semoga keluarga Puan Zaharah terus dikurniakan rezeki dalam usaha untuk membesarkan lapan orang anak-anaknya.

Ikuti juga 20 pengajaran lelaki ini pelajari selepas mengusahakan bisnes kedai makan RM2.

20 Pengajaran Yang Saya Belajar Selepas Usahakan Bisnes Kedai Makan RM2

Jatuh Tak Bangun, 4 Pesanan Berharga Usahawan Di Jepun Kepada Saya

Sumber