Sebuah syarikat pertanian swasta dari China telah membina kompleks ‘apartment’ khusus untuk babi di lereng Gunung Yaji di selatan Guangxi dan dianggarkan sebagai yang terbesar di dunia.

Dengan berkonsepkan bilik tertutup, ia dibina bagi mencegah risiko wabak selsema babi yang telah membunuh 200 juta individu atau separuh dari populasi dunia sejak 2018.

Ladang ini dijangka bakal menghasilkan 840,000 anak babi setiap tahun. Setiap satu bangunan mempunyai 13 tingkat dan ini menjadikannya sebagai ladang tertinggi di dunia.

“Terdapat banyak kelebihan untuk ternakan bertingkat tinggi,” kata pengurus ladang Xu Jiajing kepada Reuters. “Bangunan ini menjimatkan tenaga dan sumber daya. Walaupun tanahnya tidak besar, ada banyak babi yang dapat dibesarkan di sini. ”

Dianggarkan 30,000 ekor babi bakal diternak mulai akhir tahun ini di kompleks seluas 11 hektar. Sebagai perbandingan, sebuah ladang babi yang besar di utara China biasanya menempatkan 8,000 ekor babi di tanah seluas 13 hektar.

Yangxiang membelanjakan sejumlah 500 juta yuan – dengan rata-rata 16,000 yuan per babi. Jumlah ini tidak termasuk kos mengurus ternakan.

Ladang tradisional yang memelihara babi di satu ruangan sebelum ini mempunyai risiko penularan penyakit yang tinggi. Manakala ladang bertingkat tinggi jenis ini sangat terkawal dan standard keselamatan biosainya mengatasi ladang tradisional, kata Robert Herrmann, pegawai eksekutif firma penganalisis pasaran Mecardo berkata kepada ABC.

Untuk rekod, Yangxiang bukanlah satu-satunya syarikat pertanian China yang mempunyai idea ini. Reuters melaporkan Shenzhen Jinxinnong Technology Co Ltd turut merancang untuk membina dua ladang babi lima tingkat di wilayah Fujian di tenggara China.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Norovirus Pula Serang China, Sejumlah Remaja Tumbang

Pakar Virologi Dari China Dedahkan COVID-19 Berasal Dari Makmal Di Wuhan

Lelaki Di Indonesia Positif COVID-19 Selepas Disuntik Dengan Vaksin ‘Made In China’

Sumber