Mesti anda pernah melihat kenalan atau individu di media sosial yang membuat ‘kerja gila’ ke sesuatu destinasi menaiki kapal terbang untuk ‘day trip’, bukan?

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @maellambongasis telah berkongsi sebuah video dimana dia menaiki 6 penerbangan iaitu 2 penerbangan AirAsia dan 4 penerbangan MyAirlines untuk mencuba makanan di dalam penerbangan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@maellambongasis

Replying to @Syukrizzz makan airlines meal in a day!! Let’s go!! #fyp #pov #flight #meal #fypシ #traveller #airasia #myairline #airlinereview

♬ original sound – Mael Lambong Asis – Mael Lambong Asis

Menerusi video tersebut, dia telah mencuba beberapa menu yang disarankan dalam buku menu dalam penerbangan tersebut dan dia tidaklah singgah berjalan-jalan ke destinasi di tuju tetapi hanya sekadar menaiki penerbangan dan nikmati hidangan penerbangan.

Perkongsiannya telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut kerana dia menaiki penerbangan semata-mata untuk mencuba hidangan di dalam penerbangan tanpa berjalan-jalan ke destinasi yang dituju.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan bahawa dia naik penerbangan seperti menaiki kereta e-hailing dan membuat kapal terbang seperti rumah keduanya.