Sudah menjadi tanggungjawab setiap pengguna jalan raya dalam memastikan kenderaan dipandu dengan selamat dalam mengelakkan bahaya atau kemalangan pengguna jalan raya yang lain.

Di sebalik pelbagai tip yang dikongsikan, masih terdapat segelintir pemandu yang mengabaikan aspek keselamatan ini sekaligus mengundang bahaya kepada pemandu lain serta membuatkan mereka yang berada di sekeliling kenderaan berkenaan berada dalam keadaan risau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Isu ini nampaknya terjadi menerusi situasi yang dirakamkan oleh @tobengshah di mana beliau yang berkongsi video menerusi platform TikTok memperlihatkan situasi pemandu lori yang memandu lori gara-gara mengantuk.

@tobengshah

mencemaskan..dari bukit tagar hgga ke t.malim..terpksa escort sebab risau mmbahayakan pemandu2 lain#fypburungantu//

♬ Tiara – Raffa Affar

Menerusi video yang dikongsikan, beliau bersama beberapa pemandu kenderaan berat yang lain turut membantu pemandu lori ini dengan mengikut secara dekat dan membunyikan hon bagi mengelakkan pemandu lori tersebut terbabas atau membayakan pemandu lain.

Lebih mengejutkan ramai, beliau memaklumkan turut escort pemandu lori ini dari Bukit Tagar ke Tanjung Malim di mana lori tersebut telah memasuki R&R Tanjung Malim untuk berehat.

Usaha yang dilakukan lelaki ini nyata mendapat pujian daripada para netizen yang berterima kasih atas tindakan beliau yang mahu mengelakkan daripada orang ramai terlibat kemalangan.

Sumber: tiktok @tobengshah

 

Sumber: tiktok @tobengshah

Diharapkan isu seperti ini tidak lagi berulang kerana bakal membahayakan pemandu yang lain. Malah, sebelum ini situasi seperti ini turut terjadi kepada pemandu kereta, motosikal dan pelbagai kenderaan lain.

Tular pada minggu lalu apabila Ikon Permotoran Anak Muda membalas respon netizen dilabel sebagai rempit TikTok.

Cemas Dan Merisaukan, Netizen Kongsi Pengalaman Gajah Buat ‘Spotcheck’ Semasa Pulang Ke Kampung

‘Jumpa Di Highway’ – Ikon Permotoran Anak Muda Balas Respon Netizen Selepas Dilabel Rempit TikTok