Sikap kedegilan anak-anak pastinya menguji tahap kesabaran para ibu bapa. Malah, ada segelintir ibu bapa juga sudah malas nak menasihati anak-anak dan membiarkan sahaja mereka terus bersifat degil tidak kira berada di rumah mahupun tempat awam.

Semalam, tular satu rakaman video CCTV yang memaparkan seorang lelaki yang selamba membiarkan anaknya memijak dan merosakkan satu lukisan kaligrafi karya pelukis terkenal, Park Dae Sung yang dipamerkan di salah satu muzium di Korea.

 

Situasi bertambah geram apabila lelaki itu tidak segan mengambil gambar candid anaknya yang bersuka-ria ‘bermain’ sambil posing secara meniarap di atas karya seni kaligrafi berkenaan yang bernilai ribuan dollar. Rata-rata pengunjung yang hadir ke muzium ketika itu juga berasa geram dan terkejut dengan sikap lelaki berkenaan yang langsung tidak tegas dengan anaknya.

Setelah itu, pihak muzium tampil melakukan pemeriksaan kesemua lukisan yang dipamerkan. Mengejutkan apabila mereka mendapati dakwat pada lukisan kaligrafi Park Dae Sung sudah menjadi kotor. Berikutan itu, mereka memeriksa rakaman CCTV untuk mencari pelakunya.

unnamed (1)
Bentuk Kaligrafi yang telah dirosakkan oleh kanak-kanak itu. Sumber JTBC

Mereka berjaya menemui lelaki berkenaan. Apabila ditanya mengapa tidak menghalang anaknya daripada berbuat sedemikian, lelaki itu menjelaskan bahawa dia tidak tahu yang kanak-kanak tidak dibenarkan berada dekat dengan karya seni tersebut kerana tiada papan tanda yang menyatakan arahan tersebut.

Berikutan kes ini mulai tular, Park Dae Sung tampil mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan mengambil apa-apa tindakan untuk menghukum kesalahan yang dilakukan oleh dua-beranak itu. Beliau juga sudah memaafkan mereka dan biarkan sahaja kotoran itu menjadi sebahagian sejarah dalam penghasilan karya kaligrafinya.

unnamed (2)
Park Dae Sung

“Mereka masih lagi kanak-kanak. Jadi, mereka tidak berhak dihukum. Anak-anak saya pun pernah melakukan hal yang sama tetapi kita sebagai orang tua mesti pantau dan didik mereka,” kata Park Dae Sung ketika ditemu ramah wartawan JTBC.

Amin Idris menangis setelah lihat anaknya buat kejutan panggilan video semasa ‘live’. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

Amin Idris Menangis Setelah Lihat Anaknya Buat Kejutan Panggilan Video Semasa ‘Live’

Lelaki Di China Jual Anak Pada Harga RM100,000, Guna Wang Untuk Joli Dengan Isteri Baharu

Sanggup Suap ‘Vape’ Kepada Bayi Dan Rakam, Tindakan Wanita Ini Buat Netizen Berang

Sumber