Rata-rata kita gemar bergambar sambil menggayakan fesyen Outfit of the Day atau OOTD di tempat awam. Bukan sahaja penting pada busana yang dipakai bahkan latar belakang gambar juga perlu menarik dengan struktur ikonik dan ‘mesra Instagram’.

Demi meraih bilangan likes yang banyak di media sosial, ada juga antara netizen yang sanggup merosakkan harta benda awam hanya untuk kepuasan penghasilan latar belakang gambar OOTD mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Twitter @TravelJimat, di mana satu perasaan kecewa telah dizahirkan dengan memuat naik beberapa gambar individu (kredit Mya Zana Hamid)  yang sanggup merosakkan pokok bunga tulip berlampu di Tasoh Lake Resort, Perlis demi mendapatkan kepuasan latar belakang yang cantik dalam penghasilan gambar OOTD mereka.

Gambar dengan background bunga-bungaan terutamanya yang berlampu sememangnya cantik dan pastinya menjadi kegilaan buat para gadis yang sukakan gambar OOTD. Namun, tindakan pengunjung yang menghempaskan badan mereka ke atas bunga tulip berlampu ini demi gambar adalah keterlaluan.

Seharusnya mereka sedar bahawa tindakan tersebut akan menyebabkan kerosakan pada tangkai lampu bunga dan berisiko untuk ia patah. Walaupun ia bukanlah bunga hidup namun keindahan serta kelestarian taman bunga LED ini mesti diutamakan oleh setiap pengunjung.

Taman bunga tulip berlampu ini merupakan salah satu daya tarikan pelancong yang menginap di Tasoh Lake Resort. Diharap tindakan sebegini tidak menjadi satu ikutan supaya keindahan tempat ini dapat dinikmati bersama.

Dalam perkembangan lain, arca penyu di Melaka ini turut disalahguna dengan ia dijadikan tempat piknik pula oleh pengunjung.

Belum Seminggu Dirasmikan, Pengunjung Jadikan Arca Penyu Di Melaka Sebagai Meja Piknik

Tidak Kemas Dan Selekeh, Pemakaian Baju Kelawar Selepas Berkahwin Cetus Perdebatan

Risau Jadi Trend Panjat ‘Roundabout Elmina’, Netizen Berang Dengan Sikap Geng Basikal