Selalunya kita dengar berita mengenai penjualan organ berlaku di luar negara di mana penjual organ itu terpaksa berbuat sedemikian untuk mendapatkan sejumlah wang yang besar.

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok dari Malaysia menggemparkan netizen apabila dia berkongsi perkembangannya pergi ke Singapura untuk menjual buah pinggang demi kelangsungan hidup.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@daddy_keacy

Alhamdulillah dh ada buyer..semoge semua baik2 shj.. #fypシ #ramadhan2023 #malaysia #johor #singapore #rezeki #jualbuahpinggang

♬ Rahmatun Lil’Alameen – Maher Zain

Bagaimanapun selepas membuat pemeriksaan lanjut, doktor mendapati buah pinggang lelaki itu tidak sesuai untuk digunakan kerana dia merupakan seorang perokok tegar dan ada kemungkinan buah pinggang itu akan mendatangkan masalah kepada ‘pembelinya’ pada masa hadapan.

Oleh sebab itu ‘pembelinya’ menawarkan harga yang lebih murah (SGD30,000/~RM99,756) daripada harga pasaran semasa, SGD60,000-SGD100,000 (~RM199,512-RM332,520) dan dia menolak tawaran yang jauh lebih murah itu.

Dalam satu videonya yang terbaharu, dia menjelaskan keputusan dibuat itu bukanlah sebab dia ‘pemalas’ dan tidak berusaha seperti didakwa oleh segelintir netizen. Sebaliknya jawatan yang pernah dipegangnya dahulu, sebagai seorang ketua pegawai eksekutif telah menyebabkan banyak majikan takut dan kurang yakin untuk mengambilnya kerja bagi jawatan yang lebih rendah daripada kelayakkannya.

Netizen yang menonton video-video yang dikongsikan mendoakan lelaki itu dipermudahkan urusan dan dapat mengatasi masalah yang membelenggunya pada ketika ini.