Umum mengetahui, banyak hotel yang ditutup kerana mengalami kerugian sepanjang COVID-19. Lantaran itu, pihak pengusaha hotel hadir dengan inisiatif kreatif untuk menjana pendapatan agar hotel mereka dapat bertahan.

Terbaharu, Hotel Hatten di Melaka yang bertaraf 5 bintang ini telah mula menjual makanan hotel mereka di jalanan secara pandu lalu dan juga secara penghantaran ke rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Disediakan oleh tukang masak hotel, nasi bajet serendah RM2 dijual oleh Hotel Hatten hadir dengan nasi putih beserta ayam atau ikan dan sayur-sayuran.. Menurut ketua tukang masak hotel, Badrol Hisham Mohd Ali mengatakan bahawa inisiatif ini dijalankan kerana tiada pelanggan di hotel dan restoran turut ditutup.

Selain mahu menjana pendapatan untuk hotel, pihaknya juga berharap penjualan nasi bajet ini dapat membantu ramai orang mendapatkan makanan dengan harga murah serta sedikit sebanyak menggembirakan ramai orang. Terbaiklah Hotel Hatten! Ada yang sudah mencuba nasi bajet Hotel Hatten ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Tidak Mahu Pekerja Hilang Kerja, Pengusaha Hotel Ini ‘Turun Padang’ Jual Makanan Serendah RM3

Industri Pelancongan ‘Tenat’, 204 Syarikat Perhotelan Dan Resort Gulung Tikar?

Pemandu Pelancong Tempatan Luah Perasaan Hilang Punca Pendapatan Kesan COVID-19