Pada 29 April 2020, syarikat penerbangan AirAsia telah menyambung semula operasinya. Bagi anda yang memiliki urusan penting untuk ke sesuatu destinasi, pastinya akan pilih penerbangan sebagai alternatif pilihan untuk menjimatkan masa perjalanan.

Penularan wabak pandemik COVID-19 di negara kita nampaknya makin terkawal dan ketika ini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan untuk memastikan wabak ini terkawal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi memastikan keselamatan penumpang, AirAsia akan melaksanakan beberapa prosedur tanpa sentuhan termasuklah pembayaran tanpa sentuhan di lapangan terbang, kiosk tanpa sentuhan, Sistem Penyelarasan Penumpang (PRS) serta ciri-ciri baharu yang dikemas kini pada aplikasi mudah alih untuk memastikan perjalanan anda lancar dan selamat.

Disamping itu, anda kini boleh membuat pembayaran tanpa sentuhan secara Wave untuk pembayaran melalui AliPay dan WeChat Pay di klia2 di Malaysia, diikuti oleh lapangan terbang lain secara beransur-ansur. Malah, pembayaran menggunakan BigPay dan Touch N Go juga bakal tersedia tidak lama lagi.

How+to

Selain itu, kiosk tanpa sentuhan pula boleh didapati di semua lapangan terbang yang beroperasi di seluruh Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia dan Jepun mulai hari ini.

Anda yang membuat perjalanan penting boleh mencetak pas masuk dan tag bagasi anda setelah mendaftar masuk secara dalam talian di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih, untuk pengalaman daftar masuk tanpa sentuhan sepenuhnya.

Prosedur perjalanan tanpa sentuhan yang lain termasuklah Sistem Penyelarasan Penumpang (PRS) akan tersedia di klia2, diikuti oleh lapangan terbang lain di Malaysia atau di mana AirAsia beroperasi. PRS tidak memerlukan pertukaran pas masuk antara pelanggan dan AVSEC (pihak keselamatan penerbangan) kerana mereka hanya perlu mengimbasnya.

Malah, AirAsia juga telah mendigitalkan proses menaiki penerbangan dengan mengimbas semua pas masuk di pintu pelepasan dan tidak lagi mengambil pas masuk fizikal.

Tidak lama lagi, para pelanggan boleh mengimbas pasport mereka melalui aplikasi mudah alih AirAsia untuk melancarkan proses daftar masuk tanpa sentuhan dan ciri-ciri lain termasuk imbasan visa perjalanan akan ditambah dalam masa terdekat.

Pastinya langkah yang diambil oleh pihak AirAsia ini akan memudahkan para pelanggan untuk mengurangkan proses yang melibatkan sentuhan.

Buat anda yang tidak tahu akan kelebihan kad BigPay oleh AirAsia, ini waktu terbaik anda dapatkan ia dan klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

AirAsia Membawakan Perkhidmatan Dompet Digital Tersendiri Dikenali Sebagai ‘BigPay’

AirAsia Sambung Semula Penerbangan Bermula Hari Ini

AirAsia Kini Lanjutkan Tempoh Sah Akaun Kredit Sehingga 2 Tahun