Jika sebelum ini sewaktu anda beribadat di surau awam, anda akan bawa telekung sendiri kerana telekung yang disediakan diyakini tidak bersih atau tidak selesa. Kini anda tidak perlu risau lagi dengan situasi yang tidak menyenangkan ini pada masa akan datang.
Sebagai satu usaha untuk memastikan keselesaan pengguna di surau awam untuk beribadat, Petronita akan menukar telekung di surau awam stesen minyak Petronas setiap hari.
Telekung yang disediakan akan ditukar setiap hari mengikut warna dan dibasuh setiap hari untuk memastikan telekung tersebut sentiasa dalam keadaan yang baik dan memberikan keselesaan kepada penggunanya.
Kini Terdapat 100 stesen Petronas terpilih seluruh Malaysia yang menyediakan telekung solat Petronita setiap hari.
Usaha tersebut mendapat maklum balas yang positif dari orang ramai yang telah menggunakan kemudahan tersebut dan ramai pengguna yang inginkan usaha ini diperluaskan di semua surau awam.
Sebagai pengguna (read: mangsa) telekung telekung di public suraus in Malaysia which aren’t always decent hygiene- or cleanliness-wise, I appreciate this initiative by Petronita thank u very much hope ideas like this spread like wildfire pic.twitter.com/ePiV1wLJQE
— Anis Khairil (@aniskhairil) August 6, 2018
Buat pengetahuan semua, Petronita adalah persatuan untuk isteri dan kakitangan wanita Petronas dan merupakan salah satu kelab dibawah Petronas.
Mungkin ada yang tidak tahu sebelum ini dan anda sudah tahu sekarang. Semoga usaha ini akan berterusan dan memudahkan lagi pengguna untuk beribadat.