Sejak mulai konten digital menjadi tontonan ramai, dapat dilihat di platform media sosial, YouTube dan TikTok di mana orang ramai sanggup melakukan apa sahaja demi meraih jumlah tontonan yang tinggi.

Terbaharu, kecoh di Indonesia apabila seorang pengguna TikTok, @iben_ma tampil dengan sebuah video dengan menawarkan 300,000 rupiah (~RM87.65) kepada individu terawal yang sanggup berlakon menjadi monyet selama 10 saat.

Bukan itu sahaja, beliau juga sanggup menawarkan 100,000 rupiah (~RM29.22) kepada individu tersebut sekiranya berlakon menjadi haiwan lain. Dalam usaha mendapatkan wang, individu tersebut sanggup berlakon menjadi kambing sekaligus menjadi bahan ketawa lelaki berkenaan.

@iben_ma

Lah kok jadi gini… 🥺

♬ Face Dance – Funny Tok

Challenge yang dibuat walau bagaimanapun membuatkan netizen kurang senang melihat lelaki sedemikian sanggup menawarkan wang dan menyuruh untuk berlakon sebagai binatang seolah merendah-rendahkan individu lain. Tidak kurang yang menyuruh beliau membayangkan sekiranya bapanya sendiri yang disuruh berbuat perkara yang sama.

photo6071236629005184185
Sumber: tiktok iben_ma
photo6071236629005184186
Sumber: tiktok iben_ma

Sementara itu, lelaki yang membuat video berkenaan turut menjawab tohmahan netizen dengan mengatakan apa yang dilakukan beliau hanyalah sekadar challenge dan bukannya memaksa individu berkenaan untuk melakukannya.

photo6071236629005184184
Sumber: tiktok iben_ma

Setakat artikel ditulis, video tersebut sudah berjaya meraih 7.4 juta tontonan dan lebih 970,000 likes. Iben juga dilihat turut menghasilkan lebih banyak lagi challenge yang selepas video tersebut dikecam orang ramai.

Tular pada minggu lalu apabila wanita ini dihadiahkan iPhone 12 Pro Max oleh jiran beliau kerana sering menghiburkan jirannya yang kurang sihat dengan bermain muzik guna biola.

Sering Mainkan Muzik Guna Biola Buat Jiran Yang Kurang Sihat, Wanita Ini Dihadiahkan iPhone 12 Pro Max

‘Nasib Baik Waktu Siang, Kalau Tidak Sudah Lari’- Netizen Terkejut Lihat Gadis Jadi Hantu Ke PPV