Sebelum ini tular video ambulans terpaksa berhenti kerana perlu memberikan laluan kepada konvoi Perdana Menteri Malaysia ke Hulu Langat untuk meninjau kerja-kerja pembersihan.

Hal tersebut telah membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia. Terbaharu, sebuah video dikongsikan pengguna TikTok @5zonesmy memaparkan situasi ambulans terpaksa berhenti untuk berikan laluan kepada konvoi VIP.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@5zonesmy/video/7048494282264579355

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kuala Lumpur-Seremban Express Highway dan dapat dilihat banyak kenderaan terpaksa berhenti semata-mata mahu melancarkan perjalanan konvoi VIP tersebut. Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen berasa tidak senang dengan situasi tersebut.

Mana tidaknya, rata-rata netizen mengatakan seharusnya ambulans diberikan keutamaan bukannya konvoi VIP tersebut. Malah, para netizen turut mengecam tindakan seperti ini kerana golongan VIP tersebut seperti tidak boleh sabar sebentar dan hanya bersikap mementingkan diri.

https://twitter.com/sobrifadzil/status/1477890560903974915

Bukan itu sahaja, para netizen menuntut penjelasan daripada pihak polis berhubung isu yang berlaku ini. Ketika ini, pihak polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu yang tular di media sosial itu.

Bagi anda yang terlepas isu ambulans ‘ditahan’ sebelum ini, klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Ambulans Didakwa Terpaksa Berhenti, Pihak Polis Jelaskan Isu Beri Laluan Pada Konvoi VIP

‘Umrah Henti, London Boleh’- Netizen Cadang Negara Pilihan VVIP Juga Perlu Ditangguh Perjalanan

Tular Video Layanan ‘Double Standard’ Untuk Jemaah Solat Jumaat, Ini Penjelasan Masjid Putra