Seth Lookhart, seorang doktor gigi di Alaska telah merawat pesakitnya sambil meluncur hoverboard. Aksi Lookhart telah dirakam oleh pembantunya atas permintaannya dimana menunjukkan Lookhart mencabut gigi dengan cepat dan tidak teliti malah menaiki hoverboard.

Oleh itu, Lookhart telah dibicarakan dan dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun. Untuk pengetahuan anda, Veronica Wilhelm iaitu pesakit dalam video itu tidak tahu akan prosedur yang dilakukan Lookhart dengan hoverboard pada Julai 2016 telah dirakam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan,Veronica Wilhelm hanya mengetahui tentang perkara tersebut apabila penyiasat menghubunginya untuk mengesahkan bahawa dia adalah individu di dalam video terbabit. Menurut tuntutan mahkamah yang difailkan pada April 2017, Lookhart telah berkongsi klip rakaman video tersebut kepada keluarga dan rakannya.

Malah, tindakannya melakukan pembedahan mulut sambil meluncur hoverboard adalah standard penjagaan baharu dengan nada bergurau. Pada Rabu lalu, Lookhart dibicarakan atas pelbagai tuduhan termasuk penipuan dan Wilhelm turut memberi keterangan bahawa doktor lelaki itu tidak bertanya sama ada dia selesa dirawat semasa doktor meluncur hoverboard.

Perbicaraan kes ini bermula pada 12 November lalu. Sementara itu, Paul Stockler, peguam Lookhart meminta maaf kepada Wilhelm atas tindakan anak guamnya.

Tahukah anda bahawa seorang doktor palsu di India pernah berkhidmat di 16 hospital swasta? Klik pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

Seperti Dalam ‘Catch Me If You Can’, Doktor Palsu Berkhidmat Di 16 Hospital Ini Hanya Lulus Darjah 5

Ronaldinho Ditangkap Pihak Berkuasa Paraguay Selepas ‘Kantoi’ Guna Pasport Palsu