Sebelum ini, seorang ‘sifu trading’ pernah tular kantoi gunakan jet peribadi mewah milik orang lain tetapi claim miliknya hasil daripada bisnes trading untuk mempromosikan bisnes miliknya.

Terbaharu, sebuah video perkongsian pengguna TikTok @faisaljofry bangga menunjukkan rutin kehidupan hariannya sebagai seorang pelabur pada usia 25 tahun.

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@faisaljofry/video/7122021365359578394?_r=1&_t=8VicokUV29a&is_from_webapp=v1&item_id=7122021365359578394

Menerusi video tersebut, dapat dilihat dia ‘flex’ kereta mewah, tinggal di kondominium, mengajar ilmu ‘trading’ dari rumah dan juga mempunyai ‘work life balance’.

Video terbabit telah tular dan dikongsikan kembali pengguna Twitter serta mendapat perhatian orang ramai. Perkongsian tersebut meragukan netizen dan ada netizen yang mendedahkan bahawa kereta mewah dipakainya itu adalah kereta sewa selepas semak di CTOS.

https://twitter.com/lady_bugg11/status/1570277299471413250

https://twitter.com/Prince0fLucis/status/1570585115956506624

Segelintir netizen juga mengatakan ia hanyalah umpan untuk menarik minat anak muda yang mahukan hidup mewah. Malah, ada juga netizen yang mendakwa kebanyakan apa yang ditunjuk mungkin semuanya hanyalah dipinjam semata-mata untuk tujuan promosi.

Jika anda mahu berkecimpung dalam dunia pelaburan, carilah seseorang yang boleh dipercayai untuk mengajar anda kerana modal yang anda mahu laburkan itu akan jadi taruhan.