Baru-baru ini, negara kita telah dilanda bencana banjir terutamanya di kawasan Pantai Timur. Kita turut disajikan dengan pelbagai berita dan maklumat berkenaan bencana alam yang sedang berlaku di kawasan tersebut.

Namun, perkongsian kali ini bakal menarik perhatian orang ramai apabila dua beradik dari Setiu, Terengganu ini berjaya mengubah suai motorsikal milik mereka yang bukan sahaja boleh bergerak di atas jalan raya tetapi juga di dalam air yang dalam.

Ecoworld-Cover-Image
HYPE
Dari Mata Turun Ke Hati, Ini Detik Percintaan Romantis Dua Pasangan Merpati Sejoli
Baca lagi →

Hasil gabungan kesungguhan dan kebijaksaan Ikram Shahidi Mat Kail, 24 dan adiknya, Muhammad Zakaria, 22, pastinya membangkitkan keterujaan melihat hasil kreativiti yang dipamerkan oleh mereka berdua.

Motorsikal jenis Modenas Kriss 110 dan Honda C70 yang telah diubah suai itu bukan sahaja masih berfungsi apabila sudah tenggelam sepenuhnya di dalam air, malah mampu bergerak laju walaupun air sudah pun berada pada paras leher penunggang.

Sumber: Bernama

Menurut laporan Bernama, Ikram memberitahu bahawa mereka hanya mengambil masa dua jam untuk melakukan pelbagai proses pengubahsuaian.

Bagi melaksanakan misi meredah air banjir ini, beliau menggunakan botol plastik bagi menggantikan tangki minyak, karburetor dan saluran udara ke karburetor, hujung paip ekzos yang kesemuanya diletakkan dengan kedudukan lebih tinggi daripada motosikal biasa bagi membolehkan motosikal itu bergerak dalam paras air yang tinggi.

Manakala, menurut Muhammad Zakaria pula, mereka melakukan perkara itu hanya untuk mengisi masa lapang dan juga untuk digunakan mengambil hasil tangkapan ikan di kawasan banjir dan menangkap burung.

Kedua-dua mereka dikatakan tidak pernah mendapat pendidikan formal tetapi mempunyai minat yang mendalam terhadap komponen motorsikal sejak kecil dan pernah bekerja dengan mekanik lain selama beberapa tahun sebelum membuka bengkel kecil di kampung.

“Jika ada rezeki, teringin juga nak belajar secara formal sebab kami bercadang nak buat motosikal amfibia pula pada musim banjir akan datang. Boleh juga tolong bawa orang kampung ke kawasan selamat,” kata Zakaria ketika ditemu ramah oleh Bernama.

Sumber: Bernama

Terdahulu telah tular beberapa video di Facebook yang memaparkan dua beradik itu meronda sekitar kampung untuk mencuba motorsikal yang telah diubah suai tersebut, namun beberapa rakan mereka telah merakam akan perkara tersebut dan memuat naik di laman Facebook.

Posted by Fendi Khai on Tuesday, 3 December 2019

Rata-rata netizen teruja dengan kreativiti yang ditunjukkan oleh dua beradik ini serta memuji hasil ubah suai yang dilakukan mereka itu.

Terdahulu, netizen memuji tindakan dua pemuda yang berjaya menyelesaikan masalah banjir di Kuala Lumpur. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Netizen Puji Usaha Pemuda Ini Bantu Selesaikan Masalah Banjir Di Kuala Lumpur

Jangan Main Banjir Jika Ada Luka Untuk Elakkan Diri Dijangkiti Kencing Tikus

5 Langkah Ini Boleh Kurangkan Kos ‘Repair’ Kereta Yang Ditenggelami Banjir

Anda Mungkin Suka