Kenalkan adik Baharudin Bohari, umur 12 tahun dari Kampung Sungai Isap, Kuantan, Pahang.

Ada sesuatu yang menyentuh hati tentang adik ini. Beliau sanggup berjalan kaki menjaja kuih disekitar kampung demi mencari sesuap nasi untuk menyara ibu dan enam adik-beradiknya selepas kematian bapa beliau akibat kemalangan jalan raya pada Mei lalu.

Baharudin akan menjaja kuih diwaktu petang selepas balik dari sekolah. Sikap bertanggungjawab adik Baharudin ini wajar menjadi inspirasi buat kanak-kanak lain.

Beliau sanggup memikul tanggungjawab di usia yang masih muda.

Saksikan rakaman video sewaktu adik Baharudin menjaja kuihnya.

http://www.youtube.com/watch?v=LHko7MFXnb4

Sumber: Harian Metro

Kami doakan adik Baharudin terus cekal dan tabah. Selamat berjaya dalam peperiksaan UPSR yang akan diduduki tak lama lagi.