Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Elon Musk baru sahaja membuang ribuan pekerja kerana mahu menjimatkan kos operasi yang tinggi. Namun tindakan itu kini membawa padah apabila urusan seharian tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Artikel Berkaitan:

Tidak sampai seminggu, beberapa kakitangan dibuang kerja kini diminta datang semula ke pejabat kerana kepakaran mereka diperlukan dalam meneruskan operasi platform tersebut. Sejumlah pekerja diperlukan ketika ini dalam membangunkan ciri yang diminta oleh Elon Musk.

Sumber Gambar: Twitter

Fasa permulaan Elon Musk di Twitter sepertinya tidak begitu baik kerana menempuhi pelbagai masalah serius seperti pengiklan beralih dari platform itu, kos seharian yang tinggi dan banyak lagi. Beliau juga baru menyedari Twitter alami kerugian $4 juta (~RM18.9 juta) sehari dalam kos operasinya.