COVID-19 bukan sahaja meragut nyawa, tetapi ia ambil semua nasib dan masa depan manusia.

Kalau di Malaysia, orang beratur panjang untuk menggadai barangan berharga seperti emas, namun lain pula cerita di Indonesia apabila seorang lelaki dari Klaten yang ceritanya heboh kerana dia mahu menjual buah pinggang bagi meneruskan hidup.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nama lelaki itu Frans Larry Oktavianus, dia dilaporkan nekad untuk menjual buah pinggangnya selepas kehilangan punca pendapatan. Lebih pilu, Larry sanggup berjalan sehingga 100KM sambil membawa kad bod yang tertera tujuannya untuk menjual buah pinggang bagi menyara empat anaknya.

Masyarakat setempat sebetulnya terkejut dengan tindakan Larry, manakala salah seorang penduduk di Dusun Karangasem, Ngering Jogonalan tidak menyangka bahawa kawannya, Larry senekad itu.

Bagi Ketua Desa RW 4 Ngering, Kabupaten Jogonalan, Heru Utomo menjelaskan bahawa Larry mempunyai 4 orang anak dan semuanya masih kecil.”Terdapat 4 kanak-kanak yang masih kecil. Sebenarnya masih ada bayi dan yang terbesar adalah sekolah menengah kelas tiga,” lanjut Heru.

Tambah Heru lagi, Larry bukan berasal dari Klaten. Dia sebenarnya berasal dari Jakarta, tetapi berkahwin dengan seorang wanita tempatan dan kemudian memilih untuk tinggal di kampung ini bersama isteri dan anak-anaknya.

Sebelum ini Larry bekerja sebagai seorang pencuci kereta dan motosikal di bandar Yogyakarta, wilayah tengah di pulau Jawa Indonesia. Isterinya pula adalah seorang suri rumah.

Heru mengatakan bahawa keluarga Larry sebenarnya sudah dipertimbangkan oleh penduduk dan pemerintah untuk mendapat berbagai bantuan, termasuk Kartu Sehat Indonesia (KIS) dan Program Harapan Keluarga (PKH).

Disebabkan bantuannya masih belum sampai dan Larry pula telah buntu untuk mencari wang bagi menyara keluarga. Jadi ini sahaja pilihan terakhir yang dia ada, dengan menjual buah pinggang.

Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19 di beberapa negara lain, klik pautan di bawah.

Tetamu Kenduri Kahwin Terperangkap Di Rumah Pengantin Selama 35 Hari Akibat ‘Lockdown’

Iklan ‘Siakap Bakar Berhenti Tepi’ Bantu Peniaga Ini Jual Sehingga 50 Ekor Ikan Sehari

Nafi Jadi ‘Robin Hood’, Aamir Khan Tepis Dakwaan Beri Wang Dalam Karung Gandum

Sumber