Mula dipopularkan oleh mantan Menteri Kesihatan dalam mengenakan tindakan kepada individu yang menghisap rokok di restoran dan premis makanan, nampaknya usaha seumpama ini sedia diperluaskan dimana Selangor muncul negeri pertama dalam melarang orang ramai meminum arak, merokok serta menghisap rokok elektronik atau vape di taman awam dan rekreasi.

Menurut EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han, larangan baharu ini sedia dimasukkan di dalam senarai kesalahan di Undang-Undang Kecil Taman 2005 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Selangor.

NG-SZE-HAN
YB Ng Sze Han

Difahamkan pemilihan untuk melarang aktiviti tidak sihat ini dibuat demi menjaga kesihatan dan keselesaan orang ramai terdiri daripada pelbagai lapisan umur yang mengunjungi taman rekreasi lebih-lebih pada waktu pasca COVID-19.

Berdasarkan penguatkuasaan undang-undang yang dijalankan oleh PBT, saman sehingga RM1,000 bakal dikenakan kepada pengunjung yang ingkar dengan arahan yang ditetapkan.

Selain itu, pihak penguat kuasa PBT bakal mengadakan operasi dari semasa ke semasa manakala orang ramai berpeluang membuat aduan kepada PBT sekiranya terdapat pengunjung yang melakukan salah laku.

Ketahui juga tiga lokasi ‘rahsia’ kedai makan enak tepi sungai di sekitar Selangor dengan klik pautan di bawah.

3 Lokasi ‘Rahsia’ Kedai Makan Sedap Tepi Sungai Di Sekitar Selangor

KL Bird Park Tawar Promosi Tiket Masuk Serendah RM6 Sehingga 31 Julai 2020