Umum tahu sejak pandemik COVID-19 melanda, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan aplikasi MySejahtera. Aplikasi ini bertujuan untuk orang ramai mendaftarkan diri sekaligus mengetahui lokasi yang dituju sekiranya terdapat kontak rapat dengan individu yang disahkan positif COVID-19.

Terbaharu, Malay Mail melaporkan pihak polis akan mengeluarkan saman kepada individu yang gagal mengimbas MySejahtera sewaktu mengisi minyak di stesen minyak.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →
mysejahtera-tracing-app

Sumber: Live At PC

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid, orang ramai dinasihatkan untuk mengimbas MySejahtera terlebih dahulu meskipun tidak memasuki kedai serbaneka di stesen berkenaan. Hal ini dibuat sebagai langkah untuk mengesan sekiranya terdapat individu yang positif COVID-19 di kawasan berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai klip rakaman suara seorang lelaki yang mendakwa bapanya telah dikompaun sebanyak RM1,000 kerana gagal mendaftar aplikasi MySejahtera ketika mengisi minyak meskpun memakai pelitup muka.

Sebelum ini, aplikasi MySejahtera pernah menjadi pertikaian netizen disaat kes COVID-19 dalam negara kembali meningkat.

MySejahtera Jadi Pertikaian Netizen Disaat Kes COVID-19 Dalam Negara Kembali Meningkat

Dakwa COVID-19 Agenda Freemason Dan Yahudi, PU Azman Sekolahkan Kumpulan Teori Konspirasi

Anda Mungkin Suka