Pemandu mabuk telah menjadi antara topik paling popular sejak kebelakangan ini. Beberapa portal berita utama telah menyajikan kita bagaimana memandu dalam keadaan mabuk telah membunuh ramai orang yang tidak bersalah.

Tidak mahu masalah ini berpanjangan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong telah memutuskan untuk mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

BeFunky-collage (80)
HYPE
Nikmati Ais Krim Terbaru Paddle Pop Minions Caramel And Chocolate
Baca lagi →

Sesiapa yang didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan didenda hingga RM150,000.

Namun, bagi Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, cadangan denda itu seolah-olah tidak memihak kepada keluarga mangsa yang telah kehilangan ahli keluarga mereka disebabkan oleh pemandu mabuk.

Tambahnya lagi, memandu dalam keadaan mabuk dan tidak melakukan kesalahan adalah berbeza dengan memandu dalam keadaan mabuk sehingga mengakibatkan korban nyawa.

“Ini berbeza jika dia langgar dan bunuh orang lain. Dia menyebabkan kematian tanpa sengaja. Kalau tidak, hukuman itu macam tidak berat.

“Kalau setakat denda, mungkin orang boleh bayar. Macam mana dengan mangsanya pula. Keluarganya dapat apa?,” katanya seperti dipetik oleh Ismaweb.net.

Namun, denda ini hanya akan berkuatkuasa sekiranya pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Ka Siong dalam kenyataan turut menambah bahawa mereka yang memandu dalam keadaan mabuk juga boleh digantung lesen memandu mereka sehingga 20 tahun.

“Kami telah mencadangkan pindaan hukuman penjara maksimum dengan 15 tahun untuk kesalahan pertama dan 20 tahun untuk kesalahan berikutnya.

“Kadar denda yang dicadangkan dinaikkan dari maksimum RM20,000 hingga RM100,000 untuk kesalahan pertama dan kesalahan kedua dinaikkan kepada RM150,000,”katanya.

“Masa penggantungan lesen juga telah diusulkan untuk ditingkatkan dari 10 tahun menjadi 20 tahun.”

Dia menambah bahawa alasan di sebalik menaikkan hukuman penjara maksimum dan denda adalah untuk mengajar masyarakat umum untuk mematuhi peraturan jalan raya.

Mengulas lebih lanjut, Nadzim berkata bahawa kerajaan bukan sahaja perlu meminda undang-undang yang lebih tegas, malah pelaksanaannya juga perlu jelas dan menyeluruh.

“Perkara ini serius dari segi aspek keseluruhan dan ia terlepas pandang dalam tempoh begitu lama. Jadi, kita juga mahu undang-undang dilaksanakan bersesuaian dengan masalah yang timbul,” katanya.

Selain hukuman dari segi undang-undang, keluarga mangsa sebenarnya boleh menuntut ganti rugi daripa pemandu mabuk, klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Keliru Dengan Denda Terhadap Pemandu Mabuk?’- Ini Tuntutan Lain Yang Boleh Dilakukan Keluarga Mangsa

Korban Pemandu Mabuk Meningkat, #PemanduMabukMembunuh Kini ‘Trending’ Di Twitter

Pemandu Mabuk Seret Motosikal Sejauh 2KM Dan Tunjuk ‘Thumbs Up’ Undang Kecaman Netizen

Anda Mungkin Suka