Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Trend modifikasi ‘tayar kangkang’ di Malaysia agak terkenal dan menjadi fenomena kepada pemilik kereta buatan tempatan mahupun buatan luar negara sejak beberapa tahun lalu.

Terbaru, Polis Diraja Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan melalui Facebook Page rasmi mereka, tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pemilik-pemilik kenderaan yang masih menggunakan tayar hellaflush atau lebih dikenali tayar ‘kangkang’.

#SembangTrafik UBAH SUAI KENDERAAN MENGGUNAKAN TAYAR “HELLAFLUSH” BOLEH DIDENDA SEHINGGA RM2,000Trend mengubah suai…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Saturday, February 6, 2021

“Pengubahsuaian tersebut boleh menyebabkan pemanduan terjejas akibat daripada kegagalan sistem keselamatan dan brek yang tidak berfungsi dengan cekap sehingga merisikokan nyawa pemandu serta pengguna jalan raya lain,” terang pihak PDRM.

Tambahnya lagi, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 6, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59 , iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.

Dalam situasi kehidupan kian meruncing sekarang ini, disarankan agar pemilik untuk ubah semula tayar kereta menjadi seperti asal kerana hidup ini tersangatlah singkat untuk kena denda sebab buat kesalahan pakai tayar ‘kangkang’.

Pada minggu lalu pihak polis telah menahan seorang remaja berusia 18 tahun bersama kereta BMW hasil dari jualan dadah.

Miliki Kereta BMW Pada Usia 18 Tahun, Rupanya Beli Guna Wang Edar Dadah

Netizen Puji Tindakan Berani Abang Rider ‘Bantu’ Tangkap Individu Dicari Polis Johor

Kerana Terlalu Obses, Lelaki Ini Sanggup Bakar Toyota Alphard Milik Artis Pujaannya

Anda Mungkin Suka