Jika bercakap mengenai isu pembuangan sampah, masalah ini telah wujud sejak dahulu lagi malah ia bukan lagi perkara asing buat rakyat Malaysia. Namun, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, perkara tersebut semakin menjadi-jadi terutama sekali apabila ia melibatkan keselamatan individu yang lain.

Walaupun begitu, baru-baru ini perkara tersebut mencetus kemarahan dari ramai pihak apabila terdapat kes pembuangan paip besi dari tingkat atas di Flat Danau Kota, Setapak. Pembuangan paip besi tersebut difahamkan telah menyebabkan kerugian ribuan ringgit kepada pemilik kenderaan.

Menurut perkongsian yang dimuat naik oleh Ashraff Khan di laman Facebook, beliau menjelaskan insiden tersebut terjadi beberapa hari yang lalu kira-kira pada jam 4:40 petang menyebabkan kenderaan yang berada di bawah mengalami kerosakan.

“Baru terjadi jam 4.40 pm tadi, lontar besi paip dari tingkat atas Perumahan Flat Danau Kota, Setapak Kuala Lumpur.

“Makin menjadi-jadi kes campak barang dari atas sehingga menyebabkan kerugian ribuan ringgit kepada pemilik kenderaan,” luah beliau.

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Tuesday, December 29, 2020

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian dari netizen dan rata-rata yang memberi komen turut menghadapi perkara yang sama di flat perumahan mereka. Malah sebilangan daripada mereka yang membuang sampah langsung tidak rasa bersalah akan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut.

“Flat PKNS Serdang yang saya sewa pun sama, tingkat atas buang sampah melalui jendela jatuh ke bumbung tingkat bawah. Rumah kami bertentangan, kadang-kadang masa saya duduk study memang tengok ada wanita yang sewa rumah tu buang macam-macam melalui jendela.

“Kadang-kadang dia ternampak saya melalui jendela bilik ni masa dia tengah syok buang sampah tu tapi dia boleh rasa tak malu. Esok lusa buat lagi. Memang pengotorlah,” luah seorang netizen di ruangan komen.

Ada juga yang memberi beberapa cadangan termasuklah pemasangan sistem kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut supaya dapat mengenal pasti sesiapa yang membuang sampah dan serahkan pada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Denda semua satu flat. Tutup air 2 jam. Macam askar. seorang buat salah semua kena,” komen netizen.

“Bawa besi itu ke balai buat report kianat, bagi polis ambil finger print baru ada akai siapa yang buat tu,” luah netizen.

Masalah pembuangan sampah di kawasan perumahan tersebut bukan lagi perkara baru, jadi bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini daripada berlaku seperti kecederaan fizikal atau kematian akibat tindakan membuang sampah dari tingkat atas, diharap pihak berkuasa dapat memberi kerjasama dengan menyelesaikan masalah tersebut.

Baca juga perkongsian kami yang terdahulu mengenai seorang lelaki ini berjaya memperoleh RM424, 940 hanya dengan mengutip sampah, baca pada pautan di bawah.

Lihat Bagaimana Lelaki Ini ‘Memperoleh’ RM424,940 Hanya Dengan Mengutip Sampah

Lelaki Ini Kecewa Hutan Di Gombak Jadi Tempat Pelupusan Haram Sampah Dan Beg Foodpanda

Anda Mungkin Suka